Tuesday 24 December 2013

baitul muslim ke jannah



Bilang sama hati.


Wahai hati.
Jagakan diri.
Diri yang kadang lupa.
Bantulah diri.
Kawal peribadi.

Wahai hati.
Tahan diri.
Diri yang kadang memberontak.
Lindungilah diri.
Jangan disakiti.

Wahai hati.
Aku hanya punya satu.
Kalau terluka.
Berdarah.
Mungkin dapat disembuh.
Tapi parut yang tercalit bagaimana mahu dipadam hilang.

Simpankan hati.
Sucikan.
Jangan dicemari.
Jangan diberi.
Pada yang bukan sepatutnya.

Wahai hati.
Hati-hati.




-anonymous tumblr-

Tuesday 15 October 2013

tersenyum melihat langit





Bila kali terakhir seseorang menyentuh hatimu?

Dan bila pula kali terakhir, 
Kamu menyentuh hati seseorang?

Dengan perilaku mu yang baik.
Senyuman mu yang manis, 
Kamu menyenangkan hati nya.

Tak semua ‘sentuhan’ itu mampu menyembuhkan. 
Tapi terkadang ketahuilah, 
Bahawa ia akan dapat meredakan.

~Ada yang pura-pura tak peduli. Namun di hatinya, berjuta doa menujumu dengan setia.~

#tersenyum-melihat-langit.

Monday 2 September 2013

Teresakkan



Lama berteleku menghadap Maha Esa
Lama dah aku tak begini
Sebelum ni macam tak berapa ikhlas
Lagi-lagi lepas result exam keluar haritu.

Entah kenapa harini, terkumpul kekuatan .
Tebalkan muka menghadap yang Maha Esa.
Muhasabah lama di penjuru masjid sensorang

Malu malu malu.
Menangis teresakkan.
Aku lupa rukun iman yang keenam tu.

Kalam-Nya aku dakap hiba.
Ya Allah,
Mudahnya hambamu ini terpalit dosa.

Semester baru dah nak bermula.
Ya Allah,permudahkanlah segalanya.

Sunday 21 July 2013

pimpin aku ke syurga sana.




Dan kau hanya mengadu kepada dia.
Sedih Gembira Galau Rindu

Kerana aku hanya sahabat biasa.
Tak lebih tak kurang.

Tercampak ketepian
Kepingan hati pecah berkeping
Kau seperti tutup mata

Buat aku tak wujud
Mungkin kau rasa aku suka begitu
Hakikatnya

Aku dengket dengket kutip keping hati tu.
Maaf
Andai tingkah laku dan caraku buat kau tak selesa
Aku cuba kembalikan agar ini lebih istimewa

Tapi tetap ada dinding pemisah
Kita Ego atau
Mungkin kau mahu aku pergi

Cari diri aku yang dulu.
Terima kasih kerana menjadi sahabatku dunia akhirat. :-)



Thursday 20 June 2013

Maka sabarlah.









"Maka sabarlah (wahai Muhammad) berhadapan hukum tuhanmu dan janganlah kamu taati orang yang berdosa dan yang kafir daripada kalangan mereka. Dan sebutlah nama tuhanmu pada waktu pagi dan petang."
- Surah al Insan: 24-25


Pengajaran ayat di atas:


1) SABAR menghadapi ketentuan Allah samada hukum qadari (seperti sabar dalam menerima kekalahan) atau hukum agama (seperti sabar dalam menunaikan kewajiban atau larangan Allah)

2) SABAR bukan bermaksud taat kepada orang yang zalim (melakukan dosa atau kufur). Sabar bererti redha dan tunduk kepada ketentuan Allah. Mentaati orang zalim pula menyalahi maksud sabar pada ketentuan Allah, bahkan ia bererti redha dan tunduk pada ketentuan makhluk.

3) Tidak harus melawan kezaliman dengan membuang sifat sabar pada ketentuan Allah. Sabar adalah sebahagian dan beriringan dengan penentangan terhadap kezaliman.

4) Sifat sabar lebih sukar dibina berbanding melawan kezaliman. Ia bermaksud membina kebaikan dalam diri sendiri. Melawan kezaliman bermaksud meruntuh orang lain yang melawan kebaikan. Membina lebih sukar daripada meruntuh.

5) Sifat SABAR mestilah dibina dengan ibadat zikir pada Allah. Zikir paling besar adalah solat 5 waktu.

6) Orang yang tidak mengingati Allah dan tidak sabar akan gagal walaupun berjaya menentang kezaliman. Ia hanyalah kejayaan meruntuh tanpa kejayaan membina balik.


Semoga bermanfaat.

-Sumber: Ustaz Nik Mohamad Abduh.Muka buku.

Monday 27 May 2013

karma atau kifarah



Ada yang bertanyakan tentang konsep Kifarah dalam islam yang seakan sama dengan hukum karma.

Maksud Karma

Hukum Karma boleh didefinasikan sebagai pembalasan atas perbuatan yang dilakukan oleh seseorang samada ianya perbuatan baik atau buruk yang dibalas kembali menurut hukum alam atas apa yang telah seseorang itu lakukan. Jika ianya perbuatan baik, maka baiklah balasannya dan jika sebaliknya...maka buruklah pembalasan yang seseorang itu akan terima.

Dari segi bahasanya: Hukum Karma ini bunyinya seakan-akan selari dengan ajaran agama Islam. Tetapi jika diselami dengan lebih mendalam, ianya sangat jauh berbeza dengan ajaran Agama Islam.

Pandangan Islam amat jelas melalui
 Firman Allah swt dalam Surah Az-Zalzalah ayat 99:7-8 maksudnya: 
"Barang siapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, niscaya dia akan melihat (balasan) nya. Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah pun, niscaya dia akan melihat (balasan) nya pula."

Tetapi harus diingat! Apabila disebut Hukum Karma, ianya tidak boleh lari dari kepercayaan penganut- penganut agama Hindu akan pembalasan baik dan buruk ini.

Menurut kepercayaan agama Hindu, Hukum Karma atau the Law of Karma bermaksud "perbuatan". Karma yang baik diberi pahala dan yang buruk pula mendapat dosa dan akan menjelma dalam bentuk binatang.

Bagi setiap penganut Hindu, mereka perlu melakukan karma atau perbuatan yang baik agar terlepas daripada kelahiran semula yakni lahir semula ke dunia dalam bentuk binatang. Jika dilakukan perbuatan yang baik, maka mereka akan kembali Bersama Tuhan penciptanya iaitu Brahma di “Nirwana” atau Syurga menurut agama Hindu. Agama Hindu dan Buddha keduanya mempercayai akan “Hukum Karma” ini.

Selagi seseorang penganut Hindu itu gagal mencapai Karma yang baik, selagi itu dia akan alami kelahiran semula selepas memasuki neraka buat sementara waktu.

Ini sangat berbeza dengan ajaran islam. Islam berpandangan bahawa Pertama:, tiada istilah kelahiran semula ke dunia, manusia yang diciptakan Allah hanya hidup sekali sahaja di dunia ini dan hanya dibangkitkan di akhirat bagi Allah menghitung dan membalas amal perbuatan mereka semasa hidup di dunia ini samada masuk Neraka atau Ke Syurga. Oleh itu hukum karma itu tertolak dengan sendiri.

Mempercayai hukum karma menurut pandangan dan fahaman agama Hindu seperti dilahirkan semula ke dunia ini buat kali yang kedua boleh menyebabkan seseorang Islam itu terkeluar dari Agama Islam yang suci. Oleh itu adalah haram kita mempercayai kelahiran semula ini, kerana sesudah mati, kita akan menanti hingga datangnya hari pembalasan iaitu hari Kiamat.


Maksud Kifarah


         Kifarah adalah balasan Allah di dunia akibat dosa yang dilakukan oleh seorang hambanya, juga ujian-ujian Allah itu boleh berlaku, yang mungkin melibatkan kematian orang yang dikasihi, kehilangan harta benda ataupun penyakit, tidak kira sama ada penyakit tersebut berlaku dalam tempoh masa yang lama ataupun sekejap bergantung kepada ketentuan (qada’) Ilahi atau buat selama-lamanya sehingga mati. Selagi ketentuan (qada’) bagi sakit itu belum menepati qada’ Allah, maka sakit (kifarah) tadi tidak akan sembuh biarpun pelbagai usaha dilakukan oleh manusia jelas di.sini membuktikan bahawa ada di antara penyakit itu akan sembuh dengan sendiri biarpun tanpa usaha manusia untuk mendapatkan kesembuhan ataupun tidak akan sembuh biarpun banyak usaha untuk menyembuhkannya telah dilakukan.
 
Menurut sumber lain juga kifarah adalah hukuman yang diberikan Allah sebagai balasan dan ia akan menghapuskan dosa jika kita dapat bersabar dengan dugaan tersebut. Tapi tetap dalam Kifarah itu tiadanya idea kelahiran semula dan kewajipan org yang berbuat dosa akan mengalaminya semasa hidupnya. wallahualam.

Saidatina Aishah r.a meriwayatkan Rasulullah saw pernah bersabda
 "Tidak menimpa ke atas seorang mukmin satu kecelakaan, biarpun duri,ataupun lebih daripada itu, melainkan Allah akan menggugurkan dengannya satu dosa" (Maksud hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslirn)

*************************

Maka kita sebagai umat islam adalah dituntut untuk tidak menggunakan Karma sebagai konsep pembalasan, atau sebagai Idea, atau sebagai penggunaan perkataan kerana Karma itu sendiri adalah terma/konsep khusus di dalam agama Buddha, Hindu dan Jainism.

          Perlu kita faham bahawa hukum karma menurut agama Hindu, jika berbuat jahat akan dibalas seseorang itu dengan dihidupkan semula ke dunia ini dalam bentuk binatang. Manakala Kifarah dalam Islam contohnya seperti maksud di atas dan seperti dosa menderhaka kepada kedua ibu dan bapa Allah S.W.T membayar CASH atau membalas perbuatan itu terhadap anak derhaka tersebut ketika hidup di dunia ini tanpa menunggu ia mati.

Tidakkah ajaran Islam itu sangat berbeza dengan hukum Karma tersebut.

Hukum karma adalah kepercayaan orang yang beragama Hindu. Kita sebagai orang Islam memiliki rukun Islam dan rukun Iman kita sendiri. Kenapa harus kita mengambil hukum yang selain dari hukum Allah.

Firman Allah S.W.T,
“Sesungguhnya agama (yang diredhai) di sisi Allah hanyalah Islam.” (Surah Ali Imran, 3: 19)

Dan firman-Nya lagi, “Barangsiapa yang mencari agama selain dari agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi.” 
(Surah Ali Imran, 3: 85)

Kerana itu jugalah Allah S.W.T. mengutuskan hamba dan Rasul-Nya, Muhammad S.A.W yang menjadi rahmat sekalian alam supaya mengajak Ahlul Kitab sama ada dari orang-orang Yahudi atau pun Nasrani (Kristian) serta golongan yang ummi dari kalangan orang-orang musyrik kepada jalan agama Allah iaitu Islam yang mengandungi petunjuk dan syari’at-Nya.



sumber : Anadinmu.

Saturday 23 March 2013

Muktasyaf Ibrahim AnNamir ~ Shollu Ala Khoiril Anam - Abdel Rahman Mohamed





وَأَحْسَنُ مِنْكَ لَمْ تَرَى قَطَّ عَيْنٌ
وَأَجْمَلُ مِنْكَ لَمْ تَلِدِ النِّسَاءُ
خُلِقْتَ مُبَرَّاءً مِنْ كُلَّ عَيْبٍ
كَأَنَّكَ قَدْ خُلِقْتَ كَمَا تَشَاءُ

صَلُّوا عَلَى خَيْرِ الأَنَام
الْمُصْطَفَى بَدْرِ التَّمَام
صَلُّوْا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا
يَشْفَعْ لَنَا يَوْمَ الزِّحَام

يَا نَفْسُ طِيْبِي بِالْلِقَاءِ
يَا عَيْنُ قَرِي أَعْيُنَا
هَذَا جَمَالُ المُصْطَفَى
أَنْوَارُهُ لاَحَتْ لَنَا

بُشْراً لَنَا إِنَّ الْمُنَى
زَالَ الْعَنَى وَافَا الْهَنَى
وَالدَّهْرُ اَنْجَزَ وَعْدَهُ
وَالْبُشْرُ أَضْحَى مُعْلَنَى

صَلِّي عَلَيْهِ دَائِماً
فِي كُلِّ حِيْنٍ رَبَّنَا
وَآلِهِ وَصَحْبِهِ
أَهْلُ الْمَعَانِي وَالْوَفَا

Wednesday 13 March 2013

PETUA TIDUR RASULULLAH SAW




SEORANG yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur. Sekiranya dia tidur mengikut sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadah. Allah swt hanya akan menerima ibadah yang dilakukan dengan ikhlas. Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur. Ganjaran Allah swt untuk orang yang mengamalkan sunnah sangat besar. Satu sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga.

Di dalam tidur sendiri ada banyak sunnah. Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi saw, dia hanya akan dapat kerehatan. Kalau bernasib baik, selama 20 tahun mungkin dia dapat mengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung 20 liter atau lebih air liur basi.


Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.

1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun(doa harian)tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah? Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 34 X.

4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan
untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.

5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam.
Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.

6. Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.

8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi. Banyak lagi Sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum tidur.Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur....

Wednesday 20 February 2013

Mat Luthfi Berkarya Puitis





Hanya ada dua nama yang pernah aku jerit ke hujung tekak.

Kau,

dan Tuhan.

Dan telahku sebut nama Kau dahulu - berkali-kali, sebelum Tuhan.

Kerna aku fikir, Kau akan dapat dengar apa aku rasa jika aku jerit nama Kau seraung suara.

Tak, Kau tak dengar.

Aku ragu Kau cuba.

Tapi malam itu aku terjelepok di kaki lima, di tepi jalan desa.

Melutut kepada Kau, separuh menyembah.

Menangis mengalahkan budak kecil, berhingusan teresak menggenggam dada kiri, cuba meredakan sakit di hati.

Tak sangka hati manusia boleh literally sakit.

Tak sangka sehingga begitu.

Aku sedar selama ini aku telah menjerit nama yang salah.

Nama yang kuingat tuan empunya kepada hati carik ini.

Lalu terjerit juga nama Tuhan,

Tuhan yang selama ini entah di mana.



"Allah tolonglah aku!"

"Allah!"

"Tolongla aku..."

Dengan tak malunya menagih simpati Kuasa yang wujudnya dipersoalkan,

dipejam matakan.

Langit kelabu tak berawan malam itu meski luas, tak terdongak aku menahan hina.

Mujur tiada sesiapa yang lalu-lalang.

Mungkin kerana lewatnya malam.

Selewat dosaku.

Sudah lebih setahun malam itu.

Terima kasih Tuhan.


Karya:  MatLuthfi @IniSemut.
Foto2: UmarMita

Thursday 14 February 2013

Opick Rapuh Lirik





Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka
Tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan

Seribu mimpi berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Di antara lelahnya jiwa
Dalam resah dan air mata
Ku persembahkan kepadaMu
Yang terindah dalam hidupku

Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padaMu

Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintaiMu
Dalam dada ku harap hanya
Dirimu yang bertakhta

Detik waktu terus berlalu
Semua berakhir padaMu



Sumber: 1LirikLagu



Wednesday 13 February 2013

Rawatan Hati



Berdiri di hadapan cermin sambil mengamati rupa paras dengan teliti, kemudian menambah apa yang kurang dan mengatur apa yang patut untuk kelihatan lebih menarik adalah lebih mudah daripada memperbaiki sikap dan mentaliti peribadi.

Tubuh badan yang zahir adalah jelas berbeza dengan keperibadian sebenar yang begitu rahsia sifatnya. Hanya yang memiliki badan sahaja yang mengetahui manusia jenis apakah dia sebenarnya.

Rajin lawannya malas, usaha lawannya putus asa, pemarah lawannya pemaaf, penipu lawannya jujur, sedih lawannya gembira, sabar lawannya gopoh, membazir lawannya cermat, bersih lawannya pengotor, dan sebagainya. Kita tentu akan memilih sifat yang baik untuk membentuk jatidiri. Tetapi adakah semudah membalikkan tangan untuk merubah diri kita agar lebih baik daripada yang ada sekarang?

Kadang-kadang kita terlalu sedih memikirkan nasib diri yang tidak mahu berubah, iman semakin menipis lalu amal menjadi berkurangan yang mengakibatkan hati tercemar oleh kuman-kuman penyakit sehingga menzahirkan sikap yang negatif untuk diri dan orang di sekeliling kita.



Rasulullah SAW bersabda: 
“Ketahuilah dalam jasad manusia ada seketul daging, jika ia baik maka baiklah jasad itu dan jika ia rosak maka rosaklah jasad itu, itulah yang dinamakan hati.”
 (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Terdapat 18 cara dan rawatan hati yang perlu dilakukan supaya hati kalian dapat dirawat dan terhindar daripada penyakit hati. Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :

1.  Mentarbiah hati supaya mencintai Allah SWT dengan sedalam-dalamnya.
2.  Membaca serta bertadarus (menyelidik) makna dan maksud-maksud ayat al-Quran.
3.  Mendekatkan kepada Allah SWT dengan amalan-amalan sunat.
4.  Khusyuk dalam solat.
5.  Memperbanyak zikir dan memohon ampun kepada Allah SWT.
6.  Melakukan kebaikan kerana ikhlas kepada Allah SWT dan mengharapkan keredaan-Nya.
7.  Melakukan amal dan ibadat berdasarkan perintah Allah dan Rasul.
8.  Beriktikad dengan akidah yang betul.
9.  Sentiasa melakukan muhasabah diri.
10.  Memperuntukkan masa bagi Allah SWT menerusi penggarapan ilmu-ilmu agama.
11.  Memperbanyakkan qiyamullail, berdoa terutamanya pada sepertiga malam.
12.  Tunduk dan khusyuk kepada Allah SWT dalam segenap tindakan dan perbuatan.
13.  Memastikan sumber makanan dan pakaian adalah halal di sisi Allah SWT.
14.  Menundukkan penglihatan kepada perkara-perkara yang diharamkan Allah SWT.
15.  Suka menziarahi kubur dan mengingati mati.
16. Sentiasa bersyukur dan reda kepada Allah SWT atas segala nikmat yang dikurniakan.
17. Suka membantu anak-anak yatim dan bermesra dengan mereka.
18. Suka bersahabat dan duduk dengan orang-orang soleh yang boleh dijadikan teladan.



Sumber:

  • Laman Web Rasmi Mufti Perlis
  • Cinta Allah Cinta Abadi


Saturday 2 February 2013

WAKTU MUSTAJAB BERDOA


Setiap amalan dalam Islam ada waktu-waktu tertentu yang lebih afdal untuk kita laksanakan. Contoh solat tahajjud dilaksanakan di waktu malam selepas solat Isya’ sebelum subuh. Puasa sunat pula digalakkan untuk berpuasa setiap hari Isnin dan Khamis dan pertengahan bulan Islam (tiga hari puasa).

Begitu juga berdo’a kepada Allah s.w.t . Ada waktu-waktu mustajab do’a yang perlu kita ketahui dan menggunakan waktu tersebut untuk bermunajad di sisi Allah s.w.t. Menurut Ibn Atha’, do’a mempunyai beberapa rukun yang kuat menyebabkannya naik ke langit untuk diterima Allah s.w.t. Rukun yang paling utama ialah hadir hati dan memohon dengan tawadhuk. Sayap-sayap do’a itu ialah berdo’a dengan penuh keikhlasan dari hati dan bertepatan dengan waktu.

Terdapat 22 waktu dimakbulkan do’a ialah :

1.  Berdo’a sewaktu hujan turun.


“Berdo’alah pada waktu mustajab do’a iaitu sewaktu pasukan tentera bertempur, waktu mendirikan solat dan ketika hujan turun” (Hadis Riwayat Abu Daud).

2.  Ketika hendak bersolat berdasarkan hadis diatas.
3.  Selesai membaca al-Fatihah dalam solat.
4.  Selepas mengucapkan ‘Amin’ apabila selesai membaca surah al-Fatihah.

“Apabila imam mengatakan ‘Amin’, maka ucapkanlah ‘Amin’. Sesiapa yang mengucapkan ‘Amin’ bersama dengan para malaikat, diampunkan dosa yang telah lalu.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

5.  Pada waktu tengah malam, terutama sepertiga malam yang terakhir.
“Allah s.w.t. turun ke langit dunia apabila tinggal sepertiga malam yang terakhir dan berkata : ‘Ada sesiapa yang memohon kepada-Ku untuk Ku makbulkan, ada sesiapa yang meminta kepada-Ku untuk Kuberikan, ada sesiapa yang beristighfar memohon ampun untuk Ku ampunkan?” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


6.  Waktu di antara azan dan iqamah.

“Tidaklah ditolak do’a di antara azan dan iqamah.” (Hadis Riwayat Tirmizi).

7.  Ketika sujud dalam solat.


“Sehampir-hampir hamba kepada Tuhannya ialah pada waktu sujud, maka perbanyakkanlah berdo’a.”
(Hadis Riwayat Muslim).


8.  Selepas berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w dalam tahiyat akhir.

9.  Selesai solat fardu.

“Ditanya kepada Rasulullah s.a.w., ‘Do’a manakah yang didengar (Allah)’ Sabda baginda, “Do’a itu mustajab pada waktu malam dan selesai solat fardu.” (Hadis Riwayat Tirmizi).

10.  Sepanjang waktu berpuasa.


Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud, “Tiga bentuk do’a yang dimustajabkan Allah; do’a ibu bapa terhadap anak, do’a orang yang berpuasa dan do’a orang yang bermusafir.” (Hadis Riwayat Baihaqi)

11.  Malam al-Qadar berlaku pada bulan Ramadhan.

12.  Ketika khatam 30 juz al-Qur’an.

13.  Sepanjang hari Jumaat itu, dengan harapan bersua dengan waktu mustajab do’a.

Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud : “Pada hari Jumaat itu, ada satu waktu yang apabila seseorang hamba memohon kepada Allah sesuatu, maka akan diberikan-Nya”. (Hadis Riwayat Bukhari).

14.  Sepanjang perjalanan semasa bermusafir.

“Tiga bentuk do’a yang pasti dimakbulkan Allah, iaitu ; do’a orang yang teraniaya, do’a orang yang bermusafir dan do’a ibu bapa terhadap anaknya.” (Hadis Riwayat Abu Daud).

15.  Pada hari ‘Arafah iaitu 9 Zulhijjah.
Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud : “Sebaik-baik do’a adalah pada hari ‘Arafah, dan sebaik-baik do’a yang aku dan para nabi yang lain ucapkan ialah (maksudnya) : ‘Tiada Tuhan yang sebenarnya yang layak disembah melainkan Allah, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kerajaan dan pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu’. (Hadis Riwayat Tirmizi)

16.  Ketika berjihad dan sewaktu melaksanakan ibadah haji atau umrah.

“Orang yang berjihad pada jalan Allah dan orang yang mengerjakan haji serta umrah merupakan tetamu Allah, Dia menyeru (memerintahkan) mereka dan mereka menjawabnya (menunaikannya) mereka berdo’a kepada Allah lalu Allah terimanya.” (Hadis Riwayat Ibn Majah)

17.  Ketika iman meningkat kerana berbuat taat.

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud, “…dan adalah hamba-Ku mendekatkan dirinya kepada-Ku dengan ibadah yang sunat hingga Aku mencintainya, jika Aku sudah mencintainya, Aku akan menjadi pendengarannya yang dengannya dia mendengar dan penglihatannya yang dengannya dia melihat dan tangannya yang dengannya dia menyentuh dan kakinya yang dengannya dia melangkah, dan jika dia meminta akan Kuberikan dan jika dia meminta perlindungan nescaya akan Kulindungi.”

18. Waktu menerima ujian.

“Atau siapakah yang memperkenankan do’a orang yang menderita apabila ia berdo’a kepada-Nya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Amat sedikit antara kamu yang mengingati nikmat Allah itu (Surah al-Naml ayat 62)

19.  Ketika berperang kerana Allah.

Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud, “Dua jenis do’a yang tidak akan ditolak oleh Allah s.w.t. atau jarang-jarang sekali ditolak; do’a sewaktu azan dan ketika berlakunya peperangan.”
(Hadis Riwayat Abu Daud)


20.  Ketika menghadiri penyelenggaraan jenazah.
Ummu Salamah r.ha. melaporkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud, “Apabila engkau menziarahi orang yang sakit atau menziarahi jenazah, berkatalah hal yang baik-baik, kerana para malaikat mengaminkan apa yang kamu katakan itu.” (Hadis Riwayat Muslim)

21.  Selepas saat kematian seseorang.
Diriwayatkan daripada Ummu Salamah r.ha. bahawa Nabi s.a.w. menziarahi jenazah Abu Salamah r.a lalu menutup matanya. Baginda bersabda maksudnya, “Sesungguhnya roh seseorang yang keluar dari jasadnya akan diekori oleh mata.” lalu baginda bersabda lagi yang bermaksud : “Janganlah kalian berdo’a untuk diri kalian melainkan perkara yang baik sahaja kerana malaikat mendo’akan untuk kalian.” Baginda kemudiannya mendo’akan untuk Abu Salamah r.a”.

22. Ketika ayam berkokok.

Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud, “Apabila kamu mendengar ayam berkokok, mohonlah anugerah-Nya, kerana ayam itu melihat malaikat.” (Hadis Riwayat Bukhari) 

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah sama-sama kita berusaha untuk berdo’a diwaktu-waktu mustajab do’a. Semoga dengan ikhtiar kita yang sedikit ini Allah perkenankan do’a-do’a kita dan meletakkan diri kita bersama barisan hamba-hamba-Nya yang di redhai di dunia dan akhirat.

(Dipetik dari buku 101 Do’a daripada Hadis-hadis Sahih oleh Ustaz Zahazan Mohamed.)

Credit:  zuhairinopiah.blogspot

Thursday 24 January 2013

Ditipu, Tertipu .. Menipu


Hari ni nak buat summary-kesimpulan-ringkasan untuk memori perit tahun lepas 2012...Yup..Entri kali ni mengenai aku ditipu, tertipu dan menipu. Memetik kata-kata dari abe Beto Khusyairi dalam filem Istanbul Aku Datang.." Takda siapa yang boleh jamin..". diri kita daripada ditipu-tertipu-menipu..walau sehebat mana kita yang mungkin untuk orang lain yang merasa dirinya (bijak, independent, disiplin, taksuke cari masalah dgn orang, suka menyendiri ataupun aloner) pasti pernah merasa pengalamannye kan??..


Seronokkan ditipu, tertipu dan menipu. Memori, pengalaman dan ilmu berharga untuk kita teruskan masa depan... Menjangkau arus kemodenan dan teknologi nie..hahahaha..(ayat taktahan..) biar saya buat deskripsi sedikit mengenai istilah tipu..sebab mungkin ade dikalangan anda ada yang tak mahu mengaku anda telah pun ditipu, tertipu dan menipu!!..BEWARE..



Ditipu dan tertipu..: Aha...kita telahpun menjadi mangsa ditipu dan tertipu secara rahsia mahupun terang-terangan..Percayalah anda semua pernah ditipu dan tertipu!
  • Tahukah anda (yang tidak tahu je okey) silap mata ataupun magic itu adalah satu penipuan pancaindera (mata).
  • Tertipu dengan rakan sekelas mengatakan cikgu, pensyarah anda tidak hadir hari itu! sabor jelahh
  • Gambar Troll yang sdang melanda alam maya sekarang juge merupakan satu penipuan!( badan lain muke troll..tipulahtu kan)..hewhew
  • Ditipu oleh penjual-peniaga ditepi jalan-kaki lima-dalam bangunan besar dan kecil yang mengatakan produk dorang tu terlalu istimewa mengalahkan lagu Adibah Noor =__=""
  • Ditipu hidup-hidup dan mati-mati oleh orang yang anda kenali-sayangi dan merenggut kejujuran anda terhadapnye..cewaaahh..phewwiit.....(boleh dklasifikasikan kepada beberapa kategori iaitu adik beradik, ibu bapa, famili sebelah mak atau abah korang, sahabat handai, kekasih, suami, anak..cucu..cicit..piut, jiran tetangga, selebriti dan tak terkecuali pemimpin dan mereka yang berkuasa superman..hewhew)


Menipu: Aha...yang ini terpulang kepada situasi dan terpulang la kepada si penipu dan mangsa yang ditipu yang mungkin merelakan dirinya tertipu..

  • Menipu mak abah korang dengan mengatakan kerja sekolah dah siap dengan alasan korang boleh senang lenang main dengan kengkawan..pastu esok kene rotan depan kawan, dalam perhimpunan, berlari satu padang atau satu sekolah, masuk dari kelas ke kelas dengan leher bersangkut kad manila " saya tak siapkan kerja sekolah dan sekarang saya insaf", berdiri atas kerosi,meja atau lebih hebat lagi digantung sekali dengan kipas...
  • Menipu kawan dengan pelbagai gajet permainan (budak sekolah ..tapi kadang-kadang udah besor panjang pon kuat gak nipunye) yang meng-troll atau mempermain hati dan perasaan dorang lagi-lagi budak perempuan dengan gulagula getah yg apabila ditarik muncul la pelbagai spesis serangga plastik..puii..aku paling benci bende tu..ade jugak diantaranya gajet kejutan letrik tahap ibujari...tersentakk makk!!
Rasenye sampai sini je kot entri ditipu,tertipu, menipu .. Nak buat panjang-panjang rasenye tertlalu banyak kes sebegini..mau jugak aku bukak kompeni atau FanPage Aku Tertipu Menipu karang...hewhew..



Untuk penutupnya..eloklah kita jangan biasakan diri kita menipu..menipu ni kalau dah diterapkan dari kecil memang susah nak diubah.."melentur buluh biarlah dari rebungnya"..dan untuk yang dewasa "Ibarat ketam mengajar anaknya berjalan betul sedangkan diri sendiri jalan dengkotdengkot"...Ingat..walau sekecil mana pun penipuan manusia tu..lagi-lagi kanak-kanak sekalipun..tegah,marah,nasihat,tegur..menipu itu juga salah satu sifat mazmumah untuk manusia..

Untuk yang ditipu,tertipu macam aku..rasenye itu merupakan pengalaman paling berharga..aku bersyukur kerana aku ditipu..kerana apabila aku ditipu aku bisa menjadi seorang yang lebih matang, lebih berhati-hati dan berwaspada, tahu mana kawan ketika susah senang, tahu beza baik buruk-salah betul, tau rasa sakit kecewa ditipu dan membuatkan kita takmungkin bisa melakukan yang sama kepada orang lain kerana sakitnya rasa ditipu itu...alhamdulillah..Allah anugerahkan aku rasa itu..Tahun 2012 merupakan tahun aku merangkak, melangkah, menapak sedikit demi sedikit menjadi seorang wanita yang lebih matang.. Insyaallah..


-Amal makruf Nahi Mungkar-

Monday 21 January 2013

Selawat Maulidur Rasul




صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi


يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai Nabi salam atasmu
يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai Rasul, salam atasmu
يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai kekasih, salam atasmu
صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ Selawat Allah ke atasmu


أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا Bulan purnama menyinari kita
فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ Hilang segala cahaya
مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا Indah menawan tak pernah dilihat
قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ Wajah gembira sepanjang hayat


أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ Kaulah matahari, kaulah bulan
أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ Kaulah cahaya mengatasi cahaya
أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي Kaulah rahsia hidup mulia
أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ Kaulah menyuluhi jiwa


يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد Wahai kekasihku, ya Muhammad
يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ Wahai pendamping indah sejagat
يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّدُ Wahai Nabi dijulang dipuja
يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ Wahai imam 2 kiblat


مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد Bahagialah orang memandang wajahmu
يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ Wahai penghulu keturunan mulia
حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد Kolam airmu sejuk jernih
وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ Kunjungi kami pada hari akhirat


مَا رَأَيْنَا الْعِيْسَ حَنَّتْ Sepanjang malam unta berjalan
بِالسُّرَى إِلاَّ إِلَيْكَ Tiada berhenti rindukanmu
وَالْغَمَامَةْ قَدْ اَظَلَّتْ Engkau dipayungi awan putih
وَالْمَلاَ صَلُّوْا عَلَيْكَ Dan Malaikat sama berselawat


عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى Allah mengetahui rahsia sulit
مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ Dialah menyahut semua seruan
رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا Wahai Tuhan Rahmatilah kami
بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ Dengan segala amalan soleh


وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد Selawat Allah ke atas Muhammad
عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ Sebanyak baris kertas ditulis
أَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد Ahmad Muhammad petunjuk jalan
صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ Empunya wajah berseri menawan


صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi


اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَيْهِ Wahai Tuhan, selawat dan salam dan keberkatan atasnya


Sumber : AnemArnamee Blogspot.

Saturday 19 January 2013

Allah Ya Rabbi



Allah Ya Rabbi

Aku ini hamba hina dengan sejuta palitan dosa

Wujud dari air hina atas ihsan Engkau

Aku cuba menghayati agamaMu

Dengan akal singkat kurniaanMu

Teraba aku dalam sinar

Yang kadang terang

Kadang kelam

Butir jernih air mata

Belum tentu berzikir dalam redha Engkau

Dan Rabbi

Aku ingin kembali

Pada Quran dan sunnah

Semulus fahaman

Rasulullah dan sahabat...



Rabbi

Andai kau menginginkan aku sesat

Tiada siapa yang mampu menolongku

Tiada siapa...

Kasihanilah aku ini

Aku ini hamba hina

Padamu aku mengadu

Padamu aku kembali.



oleh : Hafiz Iftiqar*

*Hafiz Iftiqar merupakan penulis jemputan. Kini menuntut di Monash University Australia (perubatan). Puisi ini dipetik dari blog beliau.

Wednesday 16 January 2013

Istikharah Cinta Sigma



Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

diistikharah cinta..



Sumber:  LirikNasyid.com

CONTOH SUAMI TELADAN


...◕‿◕Bismillahir-Rah manir-Rahim ◕‿◕ ...



Kalau ada pakaian yang kotor, Rasulullah mencucinyanya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga maupun untuk dijual.


Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tidak ada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur.


Sayidatina 'Aisyah menceritakan "Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumah tangga. Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sholat."


Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada karena Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, "Belum ada sarapan ya Khumaira?" (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan')


'Aisyah menjawab dengan agak serba salah, "Belum ada apa-apa wahai Rasulullah."


Rasulullah lantas berkata, "Jika begitu aku puasa saja hari ini." tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.


Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami memukul isterinya. Rasulullah menegur, "Mengapa engkau memukul isterimu?" Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, "Isteriku sangat keras kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap membangkang, jadi aku pukul dia."


"Aku tidak bertanya alasanmu," sahut Nabi s.a.w. "Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?" Pernah baginda bersabda, "sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya."


Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi pemimpim keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.


Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutu seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain.



Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai sholat, "Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?"


"Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sehat dan segar."


"Ya Rasulullah... mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergesekan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit..." desak Umar penuh cemas.


Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.


"Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan, kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?"


Lalu baginda menjawab dengan lembut, "Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?"



"Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak."


Baginda pernah tanpa rasa segan sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis, miskin dan kotor. Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.


Mengenang peribadi yang amat halus ini, timbul persoalan dalam diri kita... adakah lagi bayangan

peribadi baginda Rasulullah s.a.w. hari ini? Apa yang kedengaran sehari-hari seperti mana yang diberitakan oleh media massa, hanyalah cerita-cerita derita akibat sikap mereka-mereka yang tidak berperanan di tempatnya. Amat sukar hendak mencari seorang manusia yang sanggup mengorbankan kepentingan diri untuk orang lain semata-mata karena takutkan ALLAH, seperti mana yang dilakukan oleh Rasulullah.


Apakah rahsia yang menjadikan jiwa dan akhlak baginda begitu indah? Apakah yang menjadi rahsia kehalusan akhlaknya hingga sangat memikat dan menjadikan mereka yang hampir dengannya begitu tinggi kecintaan padanya. 


Apakah anak kunci kehebatan peribadi baginda yang bukan saja sangat bahagia kehidupannya walaupun didalam kesusahan dan penderitaan, bahkan mampu pula membahagiakan orang lain tatkala di dalam derita. Nur Muhammad itu, yang ALLAH ciptakan semua makhluk yang lain karenanya, mempunyai kekuatan dalaman paling unggul. Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ketuanan.


Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan para sahabat mahupun dalam keseorangan. Ketika pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah.


Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi. Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, "Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?" Jawab baginda dengan lunak, "Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur."


Wallahua’lam

... Semoga tulisan ini dapat membuka pintu hati kita yang telah lama terkunci ...

Semoga bermanfaat dan Dapat Diambil Hikmah-Nya ...


kredit : ~"Mutiara Air Mata Muslimah"~

Tuesday 15 January 2013

Luahan Rasa 2:



Kalau dah namanya hawa...mesti ada rasa cemburu.  Aku sendiri tak boleh nak elak. HaHaHaHaHa.  Menyesal rasanya beri hati. Itu rasa aku la.  Bukan aku tak bersyukur.  Tapi aku selalu lihat hati yang lain tak bersyukur.  Rasa tak dihargai.  ke aku yang berfkiran kebudak-budakan?  Mungkin.

Semenjak dua tiga tahun ini, terlalu banyak perkara yang berlaku..
Bila kehilangan sesuatu, hanya dua perkara terdetik di hati..

Benar-benar rasa tidak memiliki mahupun dimiliki,
kecuali sedar segalanya datang daripada Ilahi...
atau sekadar pasrah, hati yang sudah lali sering kehilangan perkara yang disayangi..
atau hati sudah mati untuk memilik rasa...wallahualam..

KepadaNya jua kita serahkan segalanya, agar sentiasa terpelihara hati-hati ini..
Semoga dikuatkan hati ini.  Bimbang sekiranya aku menzalimi diri aku sendiri.  Bimbang aku tak islam sungguh-sungguh. Bimbang aku tak yakin kuasa DIA. Aku redha.




Saturday 12 January 2013

Tunggu Aku




~ Tunggu aku cukup matang..cukup dewasa..cukup umur..Aku tetap berjuang..Cuma aku berjuang di barat..Mereka berjuang di selatan.  Namun matlamat kami sama.. memperjuangkan keadilan.  Mohon hati tidak gentar!



Pandangan orang yang berbeza...di mata anda mungkin negara islam ini sudah aman...bagi mata lain yang memandang bagaimana?..Pasti ada yang mahukan lebih sempurna..lebih indah dimata allah.. buka mata ..buka minda ..buka hati..lihat apa sebenarnya keamanan yang anda cari selama ini..aman dunia akhirat yang pasti..betul tak..? mungkin cara berbeza..


Kadang ada orang berjuang di timur, ada orang lain berjuang di barat, tidak sama medan, tidak sama cara, namun matlamat kita satu, itulah dia mahukan keadilan memenuhi dunia.


Maka jangan rasa terpisah, walau tidak berada pada masa dan tempat yang sama, walau kelihatan berlainan cara berjuang kita, selagi sama-sama menggerakkan kerja atas matlamat yang sama, kita adalah saudara!

Untuk yang hadir ke himpunan itu..ingat..di dalam membantah..jangan menyakiti hati pihak lain.

Bagi yang tidak kesana...media eletronik-media massa...berita/warta/surat khabar telah lama memberitahu bila waktu/dimana himpunan akan diadakan.  makluman dari awal sudah diberitahu dari semasa ke semasa Makanya,..tak usahla berprovokasi-meluah rasa tidak puas hati..(isu jalan jem,parking takde.,melambatkan urusan orang lain) dan plbagai prkataan remeh dilemparkan...


Sama-sama adil ! Mereka bagi anda juga peluang bebas ni negara demokrasi ini untuk berhibur di ( konsert-konsert, pesta-pesta yang melalaikan pastinya) yang juga menyukarkan pengguna dan rakyat malaysia yang lain..makanya bertolak ansurlah.  Kerana cuma hari itu dengan cara itu mungkin kebenaran akan terungkai.  Mereka bangkit berhimpun untuk memperjuang keadilan yang belum tentu lagi boleh diputuskan di meja rundingan.


CREDIT:  
Hilal Asyraf @ Langit Ilahi
Rusydee Artz
MatLuthfi90

Friday 11 January 2013

Karenah kanak-kanak





~ PhotoTodayToo Anak-anakku..heeewhew ◕‿◕

#Sabor jela...budak-budak kalau tak banyak bercakap..Maka, banyaklah contengan artistiknya di dinding-dinding rumah taklupe juge menjadikan makhluk allah yang lain sebagai model yang mrupakan sumber inspirasi pencontengan nye..walau diberikan kertas lukisan sekalipun..semangat artistiknya tetap diconteng disetiap pelosok rumah..mahu perhatian kita yang dewasa brangkali..hewhew◕‿◕




~Kadangkala boleh dilihat corak hidup kanak-kanak itu apabila dia bermain..apa yang dia lihat,dengar itulah yang menjadikan dia pada masa hadapan. Berbuat baiknya kita balas dengan pujian dan sokongan ..berbuat nakal nya kita tegur-nasihat beribu kali...takboleh putus asa..tapi selalunya aku yang emo menangis melayan karenah budak budak macam ni..hewhew..◕‿◕




Tuesday 8 January 2013

Permata Yang Dicari~Dehearty




Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi


Lembut tutur bicaranya 
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini


Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu


Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu


Ya Allah 
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu



CREDIT: LirikLaguNasyid

Monday 7 January 2013

Perjalanan Hidup ~ Maesa Andika Setiawan



Dalam hidup ini penuh cobaan dan liku-liku
Buatku menyerah dan putus asa
Hanya senyuman dan air mata

Setiap manusia pernah merasakan kegagalan
Jangan menyerah dan putus asa
Hidup adalah perjuangan

Majulah, jangan menyerah
Perjuangkanlah cita-cita
Hadapilah hidup ini
Mungkin hanya ujian Tuhan

Setiap manusia pernah merasakan kegagalan
Jangan menyerah dan putus asa
Hidup adalah perjuangan

Majulah, jangan menyerah
Perjuangkanlah cita-cita
Hadapilah hidup ini
Mungkin hanya ujian Tuhan

(majulah, jangan menyerah
Perjuangkanlah cita-cita
Hadapilah hidup ini
Mungkin hanya ujian Tuhan)

Majulah, jangan menyerah
Perjuangkanlah cita-cita
Hadapilah hidup ini
Mungkin hanya ujian Tuhan, hanya ujian Tuhan


CREDIT:  LirikLaguIndonesia

Sunday 6 January 2013

Isbal dan Kisah Seorang Atuk



Orang yang sentiasa ready-siap sedia awal-awal lagi untuk ke masjid pada tiap kali masuknya waktu solat dengan penuh semangat dan ceria hati, dialah Mukmin (orang yang beriman). Namun, sungguh dia ada masalah penglihatan dan tak nampak.

Dia tak nampak; betapa bidadari-bidadari Syurga menantinya di pintu-pintu Syurga di atas sana setiap kali orang mukmin memasuki pintu-pintu masjid. 

Rasulullah s.a.w. bersabda :  
"Jibril mengatakan kepadaku bahawa ketika orang Mukmin masuk Syurga, akan disambut oleh bidadari dengan pelukan hangat dan erat. Dengan jari dan telapak tangan manakah akan mampu dibandingkan kelembutan dan keindahannya kalau lambaiannya akan memadamkan sinar matahari dan bulan?"
 ( HR Ath-Tabrani dari Anas ).

Sungguh dia tak nampak bidadari-bidadari ini melambai-lambai kepadanya. Sebab ikhlasnya hati untuk bertemu Allah di rumah-Nya. Dia ingat pada Allah hingga terlupakan bidadari-bidadari ini.


Suka tengok atuk tu..sayang atuk tu..sebab dari kecil aku tak dapat tengok wajah atuk belah mak dan abah aku.so dengan dia je aku menumpang kasih..(cewah ayat), dulu aku rapat dengan dia..dia ajar aku eja 'A.Y.A.M.'  Tapi semenjak aku dah meningkat dewasa ni.atuk tu dah tak banyak tegur..dia suka senyum je..kadang-kadang ada la tegur tanya khabar kalau ternampak aku di laman rumah....setiap hari dia akan lalu depan rumah aku,untuk ke masjid (atuk tu tukang ketuk beduk masjid)..sebab rumah aku depan masjid..hehehe....setiap hari atuk tu akan datang awal setengah jam sebelum masuk waktu solat.  Walau sekarang dah takde lagi beduk kat masjid tu, atuk tu tetap datang awal setengah jam. hehehe
Atuk tu setiap kali nak ke masjid dia akan menyinsing kan kain palikat yang dia pakai sampai ke betis....kenapa la atuk tu pakai kain mcm tu..macam banjir pulak..tapi sekarang aku dah besar panjang..dah belajar-dah tau yang itu sunnah nabi..atuk tu ikut sunnah nabi rupanya..

Nabi telah bersabda yang kain jubah/seluar/kain pelikat yang melebihi buku lali kerana sombong akan disambar api neraka dan pelakunya tak kan bau syurga. (dikenali sebagai isbal)


Daripada Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu, daripada Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam,
 bahawa beliau berkata:
Apa yang terjulur (labuh) ke bawah melebihi kedua mata kaki dari pakaian, maka ia berada di neraka. (Hadis Riwayat al-Bukhari, Shahih al-Bukhari, Kitab al-Libas, 18/89, no. 5341)


Imam al-Bukhari meletakkan hadis ini di bawah bab:

بَاب مَا أَسْفَلَ مِنْ الْكَعْبَيْنِ فَهُوَ فِي النَّارِ

Maksud: Apa yang menjulur labuh ke bawah (dari pakaian) sehingga melebihi mata kaki, maka ia di neraka. (Rujuk: Shahih al-Bukhari, Kitab al-Libas, 18/88)


Daripada Ibnu 'Umar, katanya:

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam berkata: Sesiapa sahaja yang menjulurkan (melabuhkan) pakaiannya kerana sombong, nescaya Allah Subhanahu wa Ta'ala tidak akan melihatnya dengan pandangan kasih sayang pada hari kiamat.


Makanya..tidaklah lagi aku merasa pelik apabila atuk tu menyinsingkan kainnya ke betis..dan tidak pernah melepasi buku lali.

entry kali ni entah kenapa aku teringin nak bercerita pasal atuk tu. Atuk tu merupakan lelaki kedua selepas ayah aku yang aku sayang..sebab aku tak boleh nak bayangkan kalau dia tiada. Masa atuk tu sakit teruk dulu pun aku dah demam menangis risau kan atuk tu. Walau kami tiada sebarang pertalian darah atau persaudaraan darah daging... tapi silaturrahim antara keluarga aku dan keluarga atuk tu sangat rapat. 
Sekian.


CREDIT:  
  • IbnuBatootaFB
  • http://fiqh-sunnah.blogspot.com/-fenomena-isbal-di-kalangan-kaum.html
  • Syabab Musafir Kasih FB