Friday 30 May 2014

Sikap menerima teguran




Wujudnya manusia yang bernama Melayu ini, apabila teguran dan nasihat yang bersifat umum dan terbuka, yang tidak dituju kepada individu tertentu, kena atas batang hidung dia, mungkin sebab dia buat kesalahan tu, maka akan melentinglah dia dengan beberapa ayat yang menyerlahkan kecetekan minda dan ilmunya:

1) Tegur lah keluarga atau mahram sendiri dulu sebelum nak tegur orang lain.
2) Jangan nak salahkan orang lain semata-mata. Tegur mak, adik, kakak, anak dan isteri dulu.
3) Jaga aurat keluarga dalam rumah dulu sebelum nak jaga aurat orang lain.

Well, frankly speaking, kalau inilah ideologi sebenar amar makruf nahi mungkar, semua ustaz-ustaz dan ulama-ulama dan pendakwah-pendakwah telah melakukan kesalahan. Apsal pendakwah-pendakwah ni sebok nak tegur orang lain? Pi tegur mak adik kakak isteri anak dulu la..!!

Sahabat-sahabat Nabi pun sama, semua telah buat benda salah. Ada ke patut tegur orang lain yang buat salah? Tegur family sendiri je la. Nape nak tegur orang lain? Dah tegur family sendiri ke sebelum nak tegur orang lain? Ish, pepandai jer.

Okey. Enuf. Nampak tak lari konsep nahi mungkar nya? Benda ni terjadi akibat kekurangan ilmu dalam bab agama. Kenapa?

Rasulullah saw bersabda "Apabila kamu nampak kemungkaran berlaku di depan mata, maka kamu cegahlah dengan tanganmu, jika tidak mampu, cegahlah dengan lisan, jika tidak mampu, bencilah (perbuatan mungkar itu) di dalam hati, dan ia adalah selemah-lemah iman"

Baginda tak kata, "cegahlah jika ia ahli keluargamu", "cegahlah jika ia isteri atau anak kamu, jika orang yang bukan keluargamu, jangan buat apa-apa". Takder bro. Konsep amar makruf nahi mungkar ni tidak tertakluk pada keluarga sahaja, ia wajar dilaksanakan terhadap orang lain juga. Dalam kitab Fiqhud Daqwah karangan Muhammad Natsir, dijelaskan panjang lebar tentang tanggungjawab nahi mungkar ini adalah bersifat luas, tidak tertakluk pada keluarga sendiri sahaja.



Namun keutamaan dakwah adalah terhadap keluarga sendiri, ini dinamakan kewajipan nafaqah kepada tanggungan si lelaki. Ia dikira penggalas tanggungjawab. Ini berdasarkan dalil:

"Wahai orang-orang beriman, jagalah diri kalian dan keluarga kalian dari api neraka..."
[Surah at-Tahrim, ayat 6]


Tapi bila dituduh seperti no 1, 2, & 3 di atas, mana lu tau orang yang menegur tu dah tegur keluarga dia ke blum? Lu stalk dia? Lu upah CIA untuk kaji pasal dia dan spy dia? Lu dah tengok macam mana isteri dia? Lu dah tau macam mana pakaian isteri dia? Lu dah tanya kakak dia ke adik perempuan dia ke dah kahwin ke belom? Kalau dah kahwin, tu tanggungjawab suami dia la.

Pergi tengok balik video ceramah Ustaz Azhar Idrus, amar makruf nahi mungkar ni, kalau kita ni tengah sedang berzina sekalipun, nampak ada orang perempuan kat luar lalu tak pakai tudung, kita ada tanggungjawab menegur, sekalipun kita sendiri tengah buat maksiat.

Kata Imam Hassan al-Basri: 

"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh di kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. SEANDAINYA seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila DIA SEMPURNA, nescaya tidak akan ada pendakwah (kerana tiada manusia yang sempurna). Maka sedikitlah orang yang memberi peringatan"



Last but not least, sila hadamkan ini sebagai dalil dakwah:

 "Oleh itu, berikanlah sahaja peringatan (kepada manusia, dan janganlah berdukacita sekiranya ada yang menolak), kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang pemberi peringatan. Bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka (menerima apa yang engkau sampaikan)"
[Surah al-Ghashiyyah, ayat 21-22]


Semoga bermanfaat untuk semua. InsyaAllah.



Sumber: Syapik Hasan


Saturday 3 May 2014

Erti Ikhlas





Dari Abu Hurairah ra, Nabi SAW, bersabda:

“Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hamba Nya selama hamba Nya itu suka menolong saudaranya”. 

(HR. Muslim, lihat juga Kumpulan Hadits Arba’in An Nawawi hadits ke 36).


IKHLAS, satu perkataan yang mudah untuk diucapkan tapi susah untuk membuktikannya. Kerana ikhlas adalah amalan hati yang tidak seorangpun mampu mengetahuinya kecuali Allah.

Abdullah bin Al Mubarak rahimahullah berkata;

“Berapa ramai orang yang merasa telah berbuat baik, berkorban dengan baik, berniat baik [merasa ikhlas], beramal baik; lalu semuanya itu dikumpulkan di hari kiamat nanti, dan dicampakkan ke wajahnya sendiri [tidak diterima].”

- Shifaatush Shafwah III / 360 -


Dosa yang menyebabkan kita menangis insaf lebih baik daripada kebaikan yang menimbulkan rasa takabbur.


Sumber:
Wan Asrul Al-Aydrus