Monday, 27 May 2013

karma atau kifarah



Ada yang bertanyakan tentang konsep Kifarah dalam islam yang seakan sama dengan hukum karma.

Maksud Karma

Hukum Karma boleh didefinasikan sebagai pembalasan atas perbuatan yang dilakukan oleh seseorang samada ianya perbuatan baik atau buruk yang dibalas kembali menurut hukum alam atas apa yang telah seseorang itu lakukan. Jika ianya perbuatan baik, maka baiklah balasannya dan jika sebaliknya...maka buruklah pembalasan yang seseorang itu akan terima.

Dari segi bahasanya: Hukum Karma ini bunyinya seakan-akan selari dengan ajaran agama Islam. Tetapi jika diselami dengan lebih mendalam, ianya sangat jauh berbeza dengan ajaran Agama Islam.

Pandangan Islam amat jelas melalui
 Firman Allah swt dalam Surah Az-Zalzalah ayat 99:7-8 maksudnya: 
"Barang siapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, niscaya dia akan melihat (balasan) nya. Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah pun, niscaya dia akan melihat (balasan) nya pula."

Tetapi harus diingat! Apabila disebut Hukum Karma, ianya tidak boleh lari dari kepercayaan penganut- penganut agama Hindu akan pembalasan baik dan buruk ini.

Menurut kepercayaan agama Hindu, Hukum Karma atau the Law of Karma bermaksud "perbuatan". Karma yang baik diberi pahala dan yang buruk pula mendapat dosa dan akan menjelma dalam bentuk binatang.

Bagi setiap penganut Hindu, mereka perlu melakukan karma atau perbuatan yang baik agar terlepas daripada kelahiran semula yakni lahir semula ke dunia dalam bentuk binatang. Jika dilakukan perbuatan yang baik, maka mereka akan kembali Bersama Tuhan penciptanya iaitu Brahma di “Nirwana” atau Syurga menurut agama Hindu. Agama Hindu dan Buddha keduanya mempercayai akan “Hukum Karma” ini.

Selagi seseorang penganut Hindu itu gagal mencapai Karma yang baik, selagi itu dia akan alami kelahiran semula selepas memasuki neraka buat sementara waktu.

Ini sangat berbeza dengan ajaran islam. Islam berpandangan bahawa Pertama:, tiada istilah kelahiran semula ke dunia, manusia yang diciptakan Allah hanya hidup sekali sahaja di dunia ini dan hanya dibangkitkan di akhirat bagi Allah menghitung dan membalas amal perbuatan mereka semasa hidup di dunia ini samada masuk Neraka atau Ke Syurga. Oleh itu hukum karma itu tertolak dengan sendiri.

Mempercayai hukum karma menurut pandangan dan fahaman agama Hindu seperti dilahirkan semula ke dunia ini buat kali yang kedua boleh menyebabkan seseorang Islam itu terkeluar dari Agama Islam yang suci. Oleh itu adalah haram kita mempercayai kelahiran semula ini, kerana sesudah mati, kita akan menanti hingga datangnya hari pembalasan iaitu hari Kiamat.


Maksud Kifarah


         Kifarah adalah balasan Allah di dunia akibat dosa yang dilakukan oleh seorang hambanya, juga ujian-ujian Allah itu boleh berlaku, yang mungkin melibatkan kematian orang yang dikasihi, kehilangan harta benda ataupun penyakit, tidak kira sama ada penyakit tersebut berlaku dalam tempoh masa yang lama ataupun sekejap bergantung kepada ketentuan (qada’) Ilahi atau buat selama-lamanya sehingga mati. Selagi ketentuan (qada’) bagi sakit itu belum menepati qada’ Allah, maka sakit (kifarah) tadi tidak akan sembuh biarpun pelbagai usaha dilakukan oleh manusia jelas di.sini membuktikan bahawa ada di antara penyakit itu akan sembuh dengan sendiri biarpun tanpa usaha manusia untuk mendapatkan kesembuhan ataupun tidak akan sembuh biarpun banyak usaha untuk menyembuhkannya telah dilakukan.
 
Menurut sumber lain juga kifarah adalah hukuman yang diberikan Allah sebagai balasan dan ia akan menghapuskan dosa jika kita dapat bersabar dengan dugaan tersebut. Tapi tetap dalam Kifarah itu tiadanya idea kelahiran semula dan kewajipan org yang berbuat dosa akan mengalaminya semasa hidupnya. wallahualam.

Saidatina Aishah r.a meriwayatkan Rasulullah saw pernah bersabda
 "Tidak menimpa ke atas seorang mukmin satu kecelakaan, biarpun duri,ataupun lebih daripada itu, melainkan Allah akan menggugurkan dengannya satu dosa" (Maksud hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslirn)

*************************

Maka kita sebagai umat islam adalah dituntut untuk tidak menggunakan Karma sebagai konsep pembalasan, atau sebagai Idea, atau sebagai penggunaan perkataan kerana Karma itu sendiri adalah terma/konsep khusus di dalam agama Buddha, Hindu dan Jainism.

          Perlu kita faham bahawa hukum karma menurut agama Hindu, jika berbuat jahat akan dibalas seseorang itu dengan dihidupkan semula ke dunia ini dalam bentuk binatang. Manakala Kifarah dalam Islam contohnya seperti maksud di atas dan seperti dosa menderhaka kepada kedua ibu dan bapa Allah S.W.T membayar CASH atau membalas perbuatan itu terhadap anak derhaka tersebut ketika hidup di dunia ini tanpa menunggu ia mati.

Tidakkah ajaran Islam itu sangat berbeza dengan hukum Karma tersebut.

Hukum karma adalah kepercayaan orang yang beragama Hindu. Kita sebagai orang Islam memiliki rukun Islam dan rukun Iman kita sendiri. Kenapa harus kita mengambil hukum yang selain dari hukum Allah.

Firman Allah S.W.T,
“Sesungguhnya agama (yang diredhai) di sisi Allah hanyalah Islam.” (Surah Ali Imran, 3: 19)

Dan firman-Nya lagi, “Barangsiapa yang mencari agama selain dari agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi.” 
(Surah Ali Imran, 3: 85)

Kerana itu jugalah Allah S.W.T. mengutuskan hamba dan Rasul-Nya, Muhammad S.A.W yang menjadi rahmat sekalian alam supaya mengajak Ahlul Kitab sama ada dari orang-orang Yahudi atau pun Nasrani (Kristian) serta golongan yang ummi dari kalangan orang-orang musyrik kepada jalan agama Allah iaitu Islam yang mengandungi petunjuk dan syari’at-Nya.



sumber : Anadinmu.

35 comments:

  1. assalamualaikum,

    salam ukhuwah dari bunda...

    ReplyDelete
  2. ijin nyimak ya gan :)
    salam kenal dari kami outbond di malang :)
    jangan lupa kunjungi kami di website kami : http://www.nolimitadventure.com/

    ReplyDelete
  3. Thank you for the information :-)

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum..tq inform pasal kifarah.. ramai dia antara kita xtau pn pasal kifarah..so mereka lbh suka sebut karma..karma yg dimaksudkn jauh sekali dgn hukum karma hindu..karma yg biasa dimaksud setiap prbuatan baik akn dpt blsn baik begitu sebaliknya..bukanya brmaksud kelahiran semula didunia atau rupa binatang.. itu pndpt sy..apa yg slh & kurg dr saya sndri..tq

    ReplyDelete
  5. Pandangan Anonymous benar, orang yang mengguna perkataan karma itu cuma guna istilahnya saja sebab mereka kurang faham ataupun tak pernah dengar perkataan kifarah jadi mereka sebut saja karma yang bermaksud perbuatan baik di balas baik begitu juga sebaliknya. thnx.

    ReplyDelete
  6. Sebab itu perlu ada artikel sebegini. Supaya yang tak tqhu menjadi tahu.

    ReplyDelete
  7. tahniah...nikmatilah pahala yang berlipat ganda selagi ilmu empunya post ni masih digunakan sebagai rujukan sampai bila2..terima kasih banyak2 for the information :) keep on goin!

    ReplyDelete
  8. Rsa brtmbh ilmu pengetahuan lps bca blog ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. ilmu itu dari Allah..saya cuma hamba yg menyampaikan tulisan penulis yg rasa2 perlu dkongsi kpd ramai..semoga kita semua mendapat manfaat dari ilmu ini....terima kasih sudi membaca :-) dah lama x update blog ..

      Delete
  9. saya pernah dikecam oleh seseoang yang sering menghenyak saya dgn "aku menunggu KARMA kau"... sy tidak gentar..malah saya tersenyum... Allah Maha Besar... ALhamdulillah selepas membaca entry ini...sy btambah yakin bahawa org itu mmg lantang bersuara kepada sy tetapi kesian, dia tidak berlandaskan prinsip islam....hanya jadikan lirik2 lagu sebagai panduan untuk penulisan dan percakapan dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah... terima kasih sudi menjengah ke blog saya...kita semua sama disisi Allah...smoga kita sntiasa tawadduk..dan tak pernah merasa sempurna..kerana Allah tau apa yg terbaik utk kita dan dia Maha Mengetahui setiap pengakhiran cerita seorang hamba...aamiin

      Delete
  10. apa nama lagu iringin ni..sedap telinga dengar

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sudi menjengah ke blog saya...lagu iringan ini lagu doaku drpd haddad alwi...

      Delete
  11. Assalam. Sy minta izin share. Tk

    ReplyDelete
  12. Assalam. Sy minta izin share. Tk

    ReplyDelete
  13. saudara,
    bagaimana umat islam tidak suka apabila mereka yang bukan islam cuba menafsir atau memberi komen tentang ajaran agama mereka....maka begitu juga sebaliknye
    sebagai seorang hindu saya rasa sangat hina dan tidak puas hati apabila saudara menggunakan istilah seperti menjelma dalam bentuk binatang atau lahir semula ke dunia dalam bentuk binatang tanpa mengetahui tentang maksud sebenar karma!
    Kalau saudara ingin mempertikaikan perbezaan di antara karma dan kifarah sila berbuat demikian tanpa menghina maksud karma dan setelah benar-benar faham akan konsepnye.
    terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. saudara..

      Niat saya memuatnaik post ini bukanlah untuk menghina agama lain, post ini untuk memberi pengetahuan kpd mereka yang beragama islam.Justeru dalam melaksanakan rukun agama islam kami, adalah perkara yang mustahak untuk saya berkongsi perbezaaan agama islam yang dianuti dgn agama lain..


      maaf sekiranya ada menyebabkan ketidakpuasan hati. Bolehka saudara menerangkan maksud karma dan konsep yang digunakan dalam agama Hindu?

      Delete
    2. assalamualaikum karma yg selalu org maksudkan adalah mengenai prarabdha karma phala,yakni perbuatan yg dilakukan pada hidup ini dan akan mendapat hasil dalam hidup ini..karma terbahagi kepada 3 dan saya rasa yg saudara sampaikan ini pun agak kurang benar perbandingannya,apapun saya masih belajar kalau salah tolong betulkan..

      Delete
    3. terima kasih..saya juga perlu byk belajar...banyak lagi yng perlu iperlajari dn byk pentafsirannya...saya juga bukanlah yang mahir ..cuma ini sekadar perkongsian ringkas dn mudah drpd penulis asal supaya ada yng lebih faham erti kifarah sgt berbeza dgn karma...tksih

      Delete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. Melihat pada status seseorang ""kifarah """ aku mmacari mksud nya...hrp ia tdk tuju pada aku ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah..smoga Allah prmudhkn urusan :-)

      Delete
  16. Alhamdulillah..
    Thanks for sharing. Semoga Allah permudahkan urusan kamu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah..terima kasih sudi melawat blog saya :-)

      Delete
  17. Replies
    1. maaf saya sudah berkahwin dn mmpunyai dua anak

      Delete
  18. sy nk bertanya, seperti yg ditulis diatas, ia seperti mengatakan bahawa hukum karma adalah kesan drpd perbuatan baik atau buruk yg dilakukan oleh seseorang individu, manakala kifarah merupakan balasan buruk terhadap seseorang yg melakukan dosa, jadi adakah ia salah untuk menggunakan term karma jika situasinya lebih bertepatan pada konteks definisi yg dinyatakan????

    ReplyDelete
  19. Kalau seseorang itu menyakitkan hati kita sedangkan kita tidak berbuat apa2 yang menyakitkan dirinya... adakah orang tersebut akan mendapat kifarah?

    ReplyDelete