Monday 31 December 2012

Berkata Benar


~ sekiranya setiap islam tidak mengambil berat dengan ibadah diri sendiri..dan sekadar menyebarkan dakwah siang dan malam...akhirnya agama itu akan jatuh~


Hari ini, orang bukan islam makin jauh dengan islam kerana sifat kita yang banyak memperkatakan tentang Islam, tetapi amat sedikit sekali menghidupkannya.


Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. berkata: Telah bersabda Rasulullah 
saw.; "Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah, 
tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kolong (naungan) langit. Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah ini akan kembali".
Hadis Riwayat al-Baihaqi


Orang lebih mengenali Islam melalui nama yang ada pada kita, bukan amalan kita. Orang mengenali sesebuah pertubuhan Islam kerana nama Islamnya, bukan aktiviti yang direncanakan. Orang mengenali negara Islam kerana ia tertulis di perlembagaannya, bukan kerana penghayatannya.


Allah SWT menyuruh kita agar berdakwah dan bercakap tentang kebenaran. Namun, setiap apa yang diucapkan kita itu, haruslah didasarkan atau disusuli dengan perbuatan kita sendiri



#pedoman dan nasihat untuk diri sendiri


CREDIT: Buku Khutbah Terakhir Rasulullah karya Ibnu Rijal

No comments:

Post a Comment