Tuesday 25 December 2012

Luahan Rasa 1 : 2 x 5



~Tiada hamba soleh yang tidak punya masa silam, dan tiada pendosa yang tidak punya masa depan.

Masih belum terlambat untuk kembali ke pangkuan Ilahi. Jangan pernah merasa terpisah dari rahmat dan kasih sayangNya, walau sebanyak mana pun dosa-dosamu. Kembalilah, Dia sedang menunggu dirimu. Tiada siapa yang boleh menghalangmu untuk kembali kepada diriNya.

Berlarilah semula mengejar cintaNya. Yakinlah, memang fitrah dirimu menjadi hambaNya yang soleh. Justeru, jangan pernah merasa tidak layak untuk menagih keampunanNya, kembalilah kepada fitrah!”

...................................................................

Aku tahu baca, aku faham, aku sampaikan kepada orang lain.  Tapi aku sendiri tak bergerak-melangkah.  Masih di tempat yang sama dan kadang-kadang aku semakin berundur ke belakang-berpatah balik.arghhh..

Menulis-berkata-kata itu memang mudah. Tapi nak buat susah.  Sebab hati dan jiwa aku masih ditakuk lama.  Takut kepada masa depan; bimbang orang lain selak dan ungkit sejarah silam kita; sebab aku rasa aku sendirian bila aku kecewa.

Nak mengadu pun cuma dengan air mata.  Aku tahu Allah itu sentiasa anda untuk aku, tapi.....(masih celaru)

Entah kenapa lately aku bimbang kiranya semua yang aku sampaikan cuma boleh menyelamatkan orang lain tapi bukan diri aku sendiri.

aku ego-baran. Aku nasihat orang-tegur orang memang genius.  Tapi aku tak dapat nak nasihat-tegur diri aku sendiri.  Kadang-kadang kata-kata yang aku tulis tu makan dalam hati sendiri.  Apa yang dah aku taip aku " <----- backspace". Rasa bersalah mungkin.  Itulah aku!

Bahagia itu hadir dengan redha. Bila kita redha maka pasti bahagia akan muncul dan sentiasa di sisi kita.
Mungkin aku masih belum redha.  Orang lain tengok aku sentiasa senyum tayang gigi, tapi hakikatnya mereka tak tau betapa peritnya perjalanan hidup aku selama dua puluh tahun.

Aku cuba tenangkan hati pada waktu waktu tertentu (waktu solat)..sebab perjalanan hidup aku meletihkan.  Aku bimbang kiranya hati ini terlalu letih maka ia menjadi buta hingga tidak kelihatan bayang sinar cuma selangkah didepan mata.

p/s: pada saat menaip entry ini..hati tengah bersedih mengenangkan jiran-kawanbaik sejak dari lahir telah pun berpindah rumah..walau jarak rumah baru tu cuma satu kilometer lebih je..tapi masih tak boleh terima.
cik winawati: sila pujuk saya :(

◕‿◕ ◕‿◕

No comments:

Post a Comment