Tuesday 18 December 2012

Putus Asa





~ Masinnya air laut tak mampu menyerap ke dalam isi ikan, tapi bila ikan telah mati... secubit garam pun sudah cukup untuk memasinkannya. Begitulah hati, hati yang hidup sangat sukar dinodai..
 tapi bila hati telah mati, mudahnya dipengaruhi.  ◕‿◕ ~


mesti pernah dengar ayat macam ni:
"ahh..baik aku mati je lagi bagus.."
"kenapa aku tak mampus je?? "



Jangan mudah putus asa sahabat.  Walau hidup itu susah, walau belajar itu susah bersabarlah. 
jaga hati, jaga lisan, jaga perbuatan dan jaga iman.  Jangan kerana lemah dan putus asa atas sesuatu kamu jadi hilang punca-hilang matlamat hidup-hilang akidah-hilang akhlak.  Dengan mudah mengeluarkan kata-kata sebegitu seperti kamu tiada harga-nilai.  Allah menciptakan manusia itu istimewa kerana kamu sempurna akal fikiran, dilahirkan keluar dari rahim ibu dan  dididik dalam keluarga islam.

Belajar erti bersyukur dan mengertilah setiap manusia itu punyai kekurangan.  Kekurangan yang mempunyai keistimewaannya tersendiri agar manusia itu sentiasa mengharap-berdamping dan sentiasa disisi mengharap redha dan patuh perintah penciptanya Allah S.W.T ◕‿◕



#Moga Allah sentiasa pelihara hati kita ♥ hati yang dipilih ALLAH untuk mendapat hidayahNya sudah tentu hati yang menyesali akan dosa-dosanya.. ^__^



No comments:

Post a Comment