Wednesday 19 December 2012

Berubah


Aku masih ingat memori pertama kali bertudung labuh.  Memang bertarung hati dan perasaan tengok  kawan memang ramai berkumpul kat pusat islam.  NaK Teka? Hari itu adalah hari pertama final exam aku untuk semester 4 di UiTM.  Ofcos ramai mata memandang aku.  Kawan-kawan hanya mampu tersenyum. Saat-saat tu memang sangat mencabar. 


"Ya Allah, kau kuatkanlah hati aku ni." kata-kata semangat aku tekapkan di telinga sambil memegang tudung labuh berwarna coklat. Lega. Aku siap sedia seterika malam tu dan pagi itu bersiap mengenakan tudung labuh coklat tu.  "NICE" ◕‿◕! aku ucap kepada diri sendiri dengan hati berdoa biar akhlakku seindah pemakaianku.


Dan sekarang boleh lihat reaksi respon kawan-kawan tentang "new appearance" aku ni.  Nak buat kawan-kawan aku layan aku sama dan tak beza macam dulu dah tak boleh lagi.  Memangla, sebab aku faham sesetengah daripada kawan-kawan aku dah tak boleh bersembang dengan aku macam dulu, gurau senda dengan aku macam dulu, tiada gosip hangat macam dulu, "it looks like they can't talk about certain subjects with me anymore because of my 'new appearance'."


"kematian tak tunggu kita, tidak kira kita siapapun! kenapa mesti nak tunggu khabar angin kiamat bakal berlaku baru nak bertaubat-berubah ke arah yang lebih baik?" kata-kata Imam Muda Asyraf pada majlis ilmiah tu menyentap hati dan perasaan-naluri kewanitaan semuanye lah...terpempam entah kenapa.  Jantung  dupdapdupdap berdegup laju..rasa macam ada sesuatu yang belum aku perbuat selepas dengar ayat dari IM Asyraf.



Aku mahu kawan yang dulu.  ketika susah senang senyum kita bersama.  cuma kali ini bagi aku ruang untuk aku bawa kamu juga bersama aku menuju al-firdaus.


kawan-kawanku
aku tak berubah kemana..aku tetap aku yang dulu
mungkin ada berubah tapi aku tak pasti.  dan aku mengharapkan perubahan aku biarlah kearah yang lebih baik-lebih indah-dan diredhai pencipta aku.
Redha. ◕‿◕


CREDIT: peliks.blogspot

No comments:

Post a Comment