Friday 7 February 2014

Kita kan bersaudara






“Ingat, kalau kita hendak menasihati orang, 
Tanya hati kita dahulu .
Tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak memberi malu pada orang. 
Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang, 
Apakah tujuan kita?
Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu. 
Kalau kita hendak bercakap tentang sesuatu, 
kita tentu tahu niat kita, hendak menunjuk kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu”.

Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita. Kalau tujuan bukan kerana Allah, amalan itu akan menjadi macam debu. Bukan pahala kita dapat tapi bala.”

Memberi nasihat itu ada cara,bukan dengan cara maki maki perli perli.Lagi lagi di dunia maya.Kalau benar tak puas hati,dia ada buat salah,jumpa depan depan.Beritahu dia elok elok,tegur cara elok.Kata nak jadi mujahidah sejati.Takkan tak berani bersemuka? 

Jangan depan manusia lain pandai bermuka muka tunjuk bahagia dengan kawan,tapi dalam hati dah bermacam sumpah seranah merungut perangai kawan.


If you’re happen to complain about something, say alhamdulillah first. If you remember this, you will immediately forget about the complains. Patience actually has no limit, unless WE created that limit.

Sedarkan diri,tampar pipi tu cakap dalam hati.Aku manusia dia pun manusia.Kita dulu pun pernah buat silap tapi kita sayang diri kita.
Kenapa tak kalau orang lain buat silap kita tak boleh nak tolak ansur dan maafkan?Kenapa mesti rasa benci perlu wujud?

Dalam menasihati ada adab,bukan dengan tayang aib orang lain,beritahu semua orang masalah dia,perangai dia.Itu dah mengumpat tu,bukan ambil pengajaran dah namanya tu.

Lebih molek kalau ada majlis ilmu mana mana,ajak sekali samasama timba ilmu.Ini tak kau kutuk,kau perli kau bebel dalam hati dalam facebook ,twitter perangai dia.Bukan kau dengan geng kau je pergi ,lepastu tinggalkan dia sorang sorang.Bila dia keluar dengan kawan tak semegah,lagi kau umpat. Sampai ke sudah perangai dia macam tu.Dengan kau kau terlingkup dengan dosa sebab biarkan dia sampai kesudah perangai tak berubah.

Kau bertanggungjawab tegur dia.Lepas tu dia taknak dengar takpelah.Kira lepaslah tanggungjawab kau.Jangan putus asa.Kata nak jadi muslimah sejati,jangan pandai cakap action depan kawan je. Tapi bila sorang sorang dalam bilik kau hadam mesej dengan kawan kawan lelaki,bergayut lelama,baca novel cinta,novel nikah kahwin.-_-

Dari Anas ra., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga ia suka saudaranya mendapat (kebaikan seperti) apa yang ia sendiri suka mendapatnya."

(Bukhari dan Muslim)



Sumber:
Syabab Musafir Kasih
Islam Grid






No comments:

Post a Comment