Sunday, 21 July 2013

pimpin aku ke syurga sana.




Dan kau hanya mengadu kepada dia.
Sedih Gembira Galau Rindu

Kerana aku hanya sahabat biasa.
Tak lebih tak kurang.

Tercampak ketepian
Kepingan hati pecah berkeping
Kau seperti tutup mata

Buat aku tak wujud
Mungkin kau rasa aku suka begitu
Hakikatnya

Aku dengket dengket kutip keping hati tu.
Maaf
Andai tingkah laku dan caraku buat kau tak selesa
Aku cuba kembalikan agar ini lebih istimewa

Tapi tetap ada dinding pemisah
Kita Ego atau
Mungkin kau mahu aku pergi

Cari diri aku yang dulu.
Terima kasih kerana menjadi sahabatku dunia akhirat. :-)



Thursday, 20 June 2013

Maka sabarlah.









"Maka sabarlah (wahai Muhammad) berhadapan hukum tuhanmu dan janganlah kamu taati orang yang berdosa dan yang kafir daripada kalangan mereka. Dan sebutlah nama tuhanmu pada waktu pagi dan petang."
- Surah al Insan: 24-25


Pengajaran ayat di atas:


1) SABAR menghadapi ketentuan Allah samada hukum qadari (seperti sabar dalam menerima kekalahan) atau hukum agama (seperti sabar dalam menunaikan kewajiban atau larangan Allah)

2) SABAR bukan bermaksud taat kepada orang yang zalim (melakukan dosa atau kufur). Sabar bererti redha dan tunduk kepada ketentuan Allah. Mentaati orang zalim pula menyalahi maksud sabar pada ketentuan Allah, bahkan ia bererti redha dan tunduk pada ketentuan makhluk.

3) Tidak harus melawan kezaliman dengan membuang sifat sabar pada ketentuan Allah. Sabar adalah sebahagian dan beriringan dengan penentangan terhadap kezaliman.

4) Sifat sabar lebih sukar dibina berbanding melawan kezaliman. Ia bermaksud membina kebaikan dalam diri sendiri. Melawan kezaliman bermaksud meruntuh orang lain yang melawan kebaikan. Membina lebih sukar daripada meruntuh.

5) Sifat SABAR mestilah dibina dengan ibadat zikir pada Allah. Zikir paling besar adalah solat 5 waktu.

6) Orang yang tidak mengingati Allah dan tidak sabar akan gagal walaupun berjaya menentang kezaliman. Ia hanyalah kejayaan meruntuh tanpa kejayaan membina balik.


Semoga bermanfaat.

-Sumber: Ustaz Nik Mohamad Abduh.Muka buku.

Monday, 27 May 2013

karma atau kifarah



Ada yang bertanyakan tentang konsep Kifarah dalam islam yang seakan sama dengan hukum karma.

Maksud Karma

Hukum Karma boleh didefinasikan sebagai pembalasan atas perbuatan yang dilakukan oleh seseorang samada ianya perbuatan baik atau buruk yang dibalas kembali menurut hukum alam atas apa yang telah seseorang itu lakukan. Jika ianya perbuatan baik, maka baiklah balasannya dan jika sebaliknya...maka buruklah pembalasan yang seseorang itu akan terima.

Dari segi bahasanya: Hukum Karma ini bunyinya seakan-akan selari dengan ajaran agama Islam. Tetapi jika diselami dengan lebih mendalam, ianya sangat jauh berbeza dengan ajaran Agama Islam.

Pandangan Islam amat jelas melalui
 Firman Allah swt dalam Surah Az-Zalzalah ayat 99:7-8 maksudnya: 
"Barang siapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, niscaya dia akan melihat (balasan) nya. Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah pun, niscaya dia akan melihat (balasan) nya pula."

Tetapi harus diingat! Apabila disebut Hukum Karma, ianya tidak boleh lari dari kepercayaan penganut- penganut agama Hindu akan pembalasan baik dan buruk ini.

Menurut kepercayaan agama Hindu, Hukum Karma atau the Law of Karma bermaksud "perbuatan". Karma yang baik diberi pahala dan yang buruk pula mendapat dosa dan akan menjelma dalam bentuk binatang.

Bagi setiap penganut Hindu, mereka perlu melakukan karma atau perbuatan yang baik agar terlepas daripada kelahiran semula yakni lahir semula ke dunia dalam bentuk binatang. Jika dilakukan perbuatan yang baik, maka mereka akan kembali Bersama Tuhan penciptanya iaitu Brahma di “Nirwana” atau Syurga menurut agama Hindu. Agama Hindu dan Buddha keduanya mempercayai akan “Hukum Karma” ini.

Selagi seseorang penganut Hindu itu gagal mencapai Karma yang baik, selagi itu dia akan alami kelahiran semula selepas memasuki neraka buat sementara waktu.

Ini sangat berbeza dengan ajaran islam. Islam berpandangan bahawa Pertama:, tiada istilah kelahiran semula ke dunia, manusia yang diciptakan Allah hanya hidup sekali sahaja di dunia ini dan hanya dibangkitkan di akhirat bagi Allah menghitung dan membalas amal perbuatan mereka semasa hidup di dunia ini samada masuk Neraka atau Ke Syurga. Oleh itu hukum karma itu tertolak dengan sendiri.

Mempercayai hukum karma menurut pandangan dan fahaman agama Hindu seperti dilahirkan semula ke dunia ini buat kali yang kedua boleh menyebabkan seseorang Islam itu terkeluar dari Agama Islam yang suci. Oleh itu adalah haram kita mempercayai kelahiran semula ini, kerana sesudah mati, kita akan menanti hingga datangnya hari pembalasan iaitu hari Kiamat.


Maksud Kifarah


         Kifarah adalah balasan Allah di dunia akibat dosa yang dilakukan oleh seorang hambanya, juga ujian-ujian Allah itu boleh berlaku, yang mungkin melibatkan kematian orang yang dikasihi, kehilangan harta benda ataupun penyakit, tidak kira sama ada penyakit tersebut berlaku dalam tempoh masa yang lama ataupun sekejap bergantung kepada ketentuan (qada’) Ilahi atau buat selama-lamanya sehingga mati. Selagi ketentuan (qada’) bagi sakit itu belum menepati qada’ Allah, maka sakit (kifarah) tadi tidak akan sembuh biarpun pelbagai usaha dilakukan oleh manusia jelas di.sini membuktikan bahawa ada di antara penyakit itu akan sembuh dengan sendiri biarpun tanpa usaha manusia untuk mendapatkan kesembuhan ataupun tidak akan sembuh biarpun banyak usaha untuk menyembuhkannya telah dilakukan.
 
Menurut sumber lain juga kifarah adalah hukuman yang diberikan Allah sebagai balasan dan ia akan menghapuskan dosa jika kita dapat bersabar dengan dugaan tersebut. Tapi tetap dalam Kifarah itu tiadanya idea kelahiran semula dan kewajipan org yang berbuat dosa akan mengalaminya semasa hidupnya. wallahualam.

Saidatina Aishah r.a meriwayatkan Rasulullah saw pernah bersabda
 "Tidak menimpa ke atas seorang mukmin satu kecelakaan, biarpun duri,ataupun lebih daripada itu, melainkan Allah akan menggugurkan dengannya satu dosa" (Maksud hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslirn)

*************************

Maka kita sebagai umat islam adalah dituntut untuk tidak menggunakan Karma sebagai konsep pembalasan, atau sebagai Idea, atau sebagai penggunaan perkataan kerana Karma itu sendiri adalah terma/konsep khusus di dalam agama Buddha, Hindu dan Jainism.

          Perlu kita faham bahawa hukum karma menurut agama Hindu, jika berbuat jahat akan dibalas seseorang itu dengan dihidupkan semula ke dunia ini dalam bentuk binatang. Manakala Kifarah dalam Islam contohnya seperti maksud di atas dan seperti dosa menderhaka kepada kedua ibu dan bapa Allah S.W.T membayar CASH atau membalas perbuatan itu terhadap anak derhaka tersebut ketika hidup di dunia ini tanpa menunggu ia mati.

Tidakkah ajaran Islam itu sangat berbeza dengan hukum Karma tersebut.

Hukum karma adalah kepercayaan orang yang beragama Hindu. Kita sebagai orang Islam memiliki rukun Islam dan rukun Iman kita sendiri. Kenapa harus kita mengambil hukum yang selain dari hukum Allah.

Firman Allah S.W.T,
“Sesungguhnya agama (yang diredhai) di sisi Allah hanyalah Islam.” (Surah Ali Imran, 3: 19)

Dan firman-Nya lagi, “Barangsiapa yang mencari agama selain dari agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi.” 
(Surah Ali Imran, 3: 85)

Kerana itu jugalah Allah S.W.T. mengutuskan hamba dan Rasul-Nya, Muhammad S.A.W yang menjadi rahmat sekalian alam supaya mengajak Ahlul Kitab sama ada dari orang-orang Yahudi atau pun Nasrani (Kristian) serta golongan yang ummi dari kalangan orang-orang musyrik kepada jalan agama Allah iaitu Islam yang mengandungi petunjuk dan syari’at-Nya.



sumber : Anadinmu.