Thursday 29 November 2012

Ukhuwah Manusia




Ukhuwah itu bagi aku universal
sebab
Ukhuwah itu ada proses..

TAARUF~ Saling Mengenal
TAFAHUM~ Saling Memahami
TA'AWUN~ Saling Menolong
TAKAFUL~ Saling Menanggung
ITSAR~ Mendahului orang lain daripada diri sendiri

Ukhuwah yang manis ♥ macam gula-gula tidak akan dapat dicapai tanpa usaha.  Takcukup-taklengkap-taksempurna ukhuwah dengan hanya bertegur (hi-hi....bye-bye). 

Tetapi ukhuwah yang sebenar adalah dengan melahirkan kesatuan-semangat dan menenangkan hati.  Apabila persaudaraan yang dihulur bukan kerana ALLAH, percayalah..
kita akan kalah dengan ujian dan berpecah-berpisah-selisihfaham-bergaduh akhirnya..(tak kirala cara mcmanapun..tarik tali ke tarikrambutdlmtepung ke..hehe) 



Ada waktunya manusia menganggap temannya itu robot,


Bicaranya mendatar sahaja,


Petah menyusun bicara,


Mahu saja diusik sesuka hati,


Ditertawa buat menghibur hati,


Kosong perasaannya!




Ada waktunya manusia menganggap temannya itu manusia,


Bicaranya bersulam budi,


Petah menyusun bicara,


Tegurnya berlapik adab,


Usiknya sekadar meriangkan suasana,


Tertawanya bersama-sama juga,


Bertempat perasaannya.




Aku masih mencari teman yang melihat temannya sebagai manusia,


Yang pastinya di dalam diriku sendiri,


Agar bicara tidak mencincang hati,


Meremukkan perasaan,


Melanggar nilai insani.




Bicaralah dengan manusia sebagai manusia,


Manusia itu masih manusia,


Walau hidup di zaman canggih,


Hatinya masih lagi hati manusia.


Hati manusia itu lembut, mudah terusik perasaannya.. semua manusia itu sama di sisi ALLAH., cuma taqwa yang membezakann kita. Jom! sama-sama kita kejar redha ALLAH ♥

CREDIT:  DakwahMakanDalamHati

Wednesday 28 November 2012

Allah Lebih Tahu




♥ Manusia

Boleh rancang apa je dalam dunia ni.

2 tahun lagi,

10 tahun lagi.

But the end of the day,

Semuanya Allah yang decide.



♥ Struggle la gulingGuling siniSana.

Kalau Allah kata kita takkan dapat,

Takkan la jawabnya.



Kalau kita benci sungguhSungguh,

Tapi Tuhan kata dia kita punya,

Akhirnya tak kemana.



♥ Aku antara manusia yang selalu tak dapat apa aku mahu.

Mungkin tahap usaha aku belum sehebat merekaMereka yang berjaya.

Tapi aku tahu,

Allah ada rencana lebih dasyat dari yang aku rancangkan.



♥ Aku tak pernah kehilangan orang terdekat.

Dalam erti kata lain,

Untuk selamaLamanya.

Yang hilang menjauh dari aku tu, ramai lah.



♥ Tapi belum lagi merasai sakit dan rindu itu.

Dan aku harap aku takkan rasa sampai bilaBila.

Juga aku harap aku yang lenyap dulu,

Dari merekaMereka yang aku sayang.



♥ Sebab,

Mungkin bila jadi pada aku,

Aku akan gila, trauma dan macamMacam lagi.



♥ Jadinya,

Jangan terlalu kecewa kalau rancangan kita takda satu pun yang berjaya.

Sebab telefon takkan ada kalau Alexander Grahambell putus asa

Lepas berapa ratus ribu rancangannya gagal ♥




( arteyna nateyra, 2012 ) p/s : miss u teyra ♥

Semangat dan Kefahaman



Semangat, Boikot dan Kefahaman


Apabila isu Palestin kembali hangat, saya melihat suatu elemen yang perlu dimuhasabah dengan teliti iaitu semangat. Di kalangan kita sememangnya bersemangat apabila memperkatakan kekejaman yang dilakukan oleh rejim Zionis di Israel terhadap penduduk Palestin. Semuanya bernada semangat.


Dalam kita bersemangat mengutuk kekejaman yang dilakukan oleh rejim Zionis tetapi pada masa yang orang yang sama juga menyuburkan lagi kekejaman yang dilakukan oleh rejim Zionis di Israel. Ini boleh dilihat dengan jelas dalam persoalan usaha boikot.


"Memang tak guna betul rejim Zionis. Habis terkorban penduduk Palestin dibedil peluru berpandu," ucap seorang anak muda sambil meminum kopi di Restoran Starbuck.


"Tak berhati perut betul rejim Zionis. Anak kecil yang tidak berdosa pun turut dibom. Memang hati binatang betul. Teruk daripada binatang lagi," ucap seorang gadis sambil mengunyah-ngunyah burger di Restoran McDonald.

Semangat Boikot

Bersemangat itu suatu yang bagus. Sebagai manusia, suatu semangat itu boleh dikatakan sebagai peledak kepada usaha yang besar. Namun, semangat itu mesti diluruskan dengan kefahaman yang jelas dari masa ke semasa.


"Dengar kata Mark Zuckernberg membekalkan dana kepada Israel. Jadi Facebook ni pun kena boikot juga ke?" soal salah seorang pengguna Facebook.


Apabila saya melihat soalan ini wujud, maka saya memikirkan untuk menulis serba sedikit mengenai boikot supaya usaha boikot ini lebih menonjolkan kebijaksanaan umat Islam, menyentak kezaliman rejim Zionis dan terus istiqomah menjalankan usaha boikot. Untuk bahagian seterusnya, saya pecahkan fokus usaha boikot kepada 2 bahagian iaitu kehendak dan keperluan.



Antara Kehendak dan Keperluan


Kehendak : Antara produk yang boleh kita kategorikan sebagai kehendak adalah seperti McDonald, Nestle', Starbuck, Coca-cola dan seumpamanya yang kebanyakkannya berbentuk makanan dan minuman. Kalau tidak dapat beli pun, masih banyak lagi produk lain yang dapat dijadikan sebagai inisiatif seperti Radix Cola, Kopi Orang Kampung dan sebagainya yang mudah diperolehi di pasaran. Bukannya mati pun kalau sebulan tak dapat makan burger McDonald.



Keperluan : Antara produk yang boleh kita kategorikan sebagai keperluan adalah seperti Facebook, Google dan gajet-gajet elektronik yang lain. Ini memang sangat diperlukan untuk membolehkan kita mengakses maklumat yang berlaku mengenai umat Islam di seluruh dunia dan menjalankan usaha kesedaran terhadap apa yang berlaku kepada umat Islam. Gunakan kembali teknologi yang mereka hasilkan ini untuk membina kekuatan di kalangan umat Islam. Janganlah pula menjadikan teknologi mereka ini sebagai tempat untuk menyuburkan maksiat, lantas melemahkan lagi perjuangan umat Islam.


Elok kiranya kita merenung kembali surat Saidina Umar kepada Saad bin Abi Waqqas :



"Aku memerintahkan kepadamu dan mereka yang bersama-sama mu (tentera Islam) supaya menjauhkan diri daripada maksiat. Kerana sesungguhnya dosa-dosa yang dilakukan oleh tentera Islam lebih aku takuti daripada musuh-musuh Islam.

Sesungguhnya orang Islam telah mendapat pertolongan daripada Allah s.w.t. disebabkan oleh kemaksiatan yang dilakukan oleh pihak musuh. Jika bukan kerana hal itu, nescaya tidak ada lagi orang Islam pada kekuatannya.

Bilangan tentera kita tidak seramai bilangan tentera mereka. Kelengkapan senjata kita tidak sehebat kelengkapan senjata mereka. Maka, jika amalan maksiat dan tabiat kita sama dengan pihak musuh, nescaya kekuatan dan kemenangan akan menyebelahi pihak mereka."



PROF MADYA DR HAFIDZI MOHD NOOR

Ini sebahagian daripada ulasan PROF MADYA DR HAFIDZI MOHD NOOR (Pengerusi Aqsa Syarif) :


"Berkaitan kenyataan McD Malaysia. McD Malaysia membayar franchisee fees kpd McD Corp USA. Ada puluhan ribu restoran McD di seluruh dunia. Walaupun setiap dari Restoran McD ini menyumbang sebanyak 5% dari revenue, mereka ini sudah berjumlah ratusan juta USD (bahkan mungkin billion dollar). Oleh kerana McD konsisten menyumbang kepada ekonomi Israel sejak 30 tahun yang lalu, maka kita harus menyampaikan message yang tegas di seluruh dunia kepada semua negara di mana McD membuka cawangan.



Jika setiap negara di mana McD beroperasi membuat disclaimer bahawa 'mereka tidak menyumbang kepada israel' bahkan mereka adalah syarikat berdaftar di negara masing-masing, maka boycott akan gagal dan McD Corporation US boleh meneruskan sokongan tidak berbelah bagi kepada Israel!


Tetapi jika setiap warga dunia mula memboikot operasi McD di negera masing-masing, maka ini akan menyampaikan message yang jelas supaya McD Corp US menghentikan sokongannya kpd Israel. Bayangkan jika kutipan dari yuran franchisee shj jumlahnya ratusan juta dollar sehari, berapa banyak jentera perang yang boleh dibeli oleh Israel dgn sumbangan McD bagi membunuh rakyat Palestin???


Kerana itu boycott adalah satu 'peperangan'.


Seruan boycott akan di counter oleh pihak musuh dgn mengatakan kami 'cawangan tempatan' dan kami hanya membayar cukai kpd kerajaan kita. Lagipun kami menyumbang kpd ekonomi negara dan menyediakan peluang pekerjaan kpd rakyat tempatan.


Jika semua negara membuat pengistiharan spt ini dan semua warga dunia terpedaya dgn seruan 'manis' ini, boycott akan gagal total. Tetapi apabila McD seberang laut menerima tempiasan dari polisi McD Corp yang membiayai israel, maka akhirnya McD Corp terpaksa berfikir lagi sebelum meneruskan sokongannya kpd zionis kerana keuntungan seberang lautnya mula menyusut.


Ingat boycott adalah peperangan dan musuh akan menggunakan hujjah 'yang masuk akal' untuk menggagalkan strategi boikot."

Nasib Pekerja McD

Tentang nasib pekerja McD pula -- saya kongsikan lagi: Ramai juga yang masih bertanya kenapa Boikot McD, bagaimana dgn nasib pekerja McD?
Saya cuba rumuskan jawapan yang boleh membantu.
Ini senario yang paling mungkin.

McD tidak akan terjejas dengan kempen boikot. Yang menurun mungkin market share sahaja. Makna kata jika market share McD dalam perniagaan makanan segera ialah 70% mungkin berkurangan beberapa % sahaja. (katakan tinggal 60%). McD akan terus beroperasi spt biasa kerana dia tak menanggung kerugian - cuma keuntungan terjejas sedikit (Kemungkinan pelbagai tawaran harga yang menarik dan strategi pengiklanan yang makin aggresif adalah isyarat bahawa 'kempen boikot' semakin menggigit).
Jadi pekerja McD bolih terus bekerja dan tidak akan hilang pekerjaan. Cuma masaalah mungkin timbul bagi pekerja McD yang terkesan dengan maklumat hubungan di antara McD dan Israel (McD tidak pernah menafikan hubungan ini meskipun kemnpen seruan boikot ini dilancarkan dari UK - diterajui oleh Inminds, UK). Mereka mungkin akan berhadapan dengan rasa bersalah - rasa bersalah ini didorong oleh iman atau rasa kemanusiaan. Ini soal hati, dan jika seseorang itu melakukan sesuatu yang berlawanan dengan 'conscience' (rasa hatinya) maka dia akan mengalami konflik jiwa - rasa serba salah. Untuk golongan pekerja McD dalam kategori ini jangan bimbang ada jalan keluar.


1. Dr Yusuf Qardhawi, ulama tersohor dan paling prihatin dalam isu palestin memberi panduan umum.
- Jangan berhenti kerana seseorang itu akan kehilangan punca pendapatan, apatah lagi jika dia ada tanggungan. Jika dia berhenti dalam keadaan tidak ada mata pencarian yang lain - dia telah melakukan kezaliman ke atas dirinya dan keluarganya. Fitnah berhenti bekerja di McD lebih besar kerana kehilangan mata pencarian.
- bagaimana utk mengelakkan ini? ikhtiarlah untuk mencari kerja lain yang menawarkan gaji yang setimpal atau lebih baik. Hanya setelah memperoleh peluang kerja dengan tawaran gaji yang serupa atau lebih baik barulah berhenti bekerja di McD.


- Bagaimanakah jika tidak dapat juga pekerjaan lain. Jawapannya teruskanlah bekerja di McD. Tetapi Allah itukan maha pemberi rezeki ar-Razzaq. Memohonlah kepada Allah Rabbul Jalil, DIA tahu isi hati kita dan DIA akan memberi jalan keluar kepada hamba-hambaNYA yang bertakwa dengan punca-punca rezeki yang tidakj disangka-sangka oleh hambaNYA (Bukankah kita yakin dengan 'ayat Seribu Dinar tu? Janganlah dijadikan hiasan sahaja tetapi tidak ada kesungguhan untuk menghayatinya).
Ramai juga yang bertanya untuk membela pekerja McD (yg jumlahnya 10,000 orang menurut satu sumber). Pekerja McD tidak perlu pembelaan sebenarnya - rezxeki mereka terjamin dengan jalan-jalan keluar yang digariskan di atas.


Lebih baiklah mereka mengenangkan nasib 1.7 penduduk Gaza, 3.5 juta penduduk Palestin di tebing Barat, 500,000 rakyat Palestin yang terkepung di Baitul Maqdis dan 5 juta rakyat Palestin di khemah-khemah pelarian di Lubnan, Syria, Jordan dan lain-lain tempat.


Di sini kita meriusaukan shabat-sahabat kita yang kehilangan mata pencarian di bumi bertuah Malaysia ini? Bagaimana dengan saudara-saudara kita di sana yang mungkin kehilangan nyawa, ibu-bapa dan anak-anak akibat dibunuh tanpa peri kemanusiaan. Dan jika dibiarkan hidup dinafikan pula hak yang paling asasi, makanan, minuman, ubat-ubatan, bahan api dan rumah untuk berteduh.
Semuga kita tidak berbalah lagi dalam isu ini. Kami mendoakan semua pekerja McD agar tenang dengan pilihan-pilihan yang ada. Ingatlah Allah tidak akan menganiaya anda disebabkan oleh kedudukan anda, Allah akan bantu anda jika anda bantu agama Allah.


"Tolonglah agama Allah, nescaya Allah akan menolong kamu dan meneguhkan kedudukan kamu di bumi"


*Semoga kita semua istiqomah menjalankan usaha boikot dan teruskan semangat kita asalkan dikukuhkan dengan kefahaman yang jelas dari masa ke semasa. Penulisan ini mungkin penuh dengan kelemahan. Tegurlah jika ada bahagian yang saya terlepas pandang.


CREDIT:  Dakwah Makan Dalam Hati

Wanita Istimewa





"Begitu indahnya ciptaan Allah dan juga keistimewaan yang telah diberi kepada kita kaum hawa..ayuh lah sama-sama kita menjaga anugerah yang telah diberi Allah SWT ini sebaik mungkin :-) "



Tanpa wanita, lelaki takkan dilahirkan (kecuali Nabi Adam) dan tanpa wanita juga, tiada lelaki yang berjaya. Betul ke? Jom kita ketahui 19 keistimewaan wanita berbanding lelaki. Semoga semua wanita berasa bangga dan bertambah semangat untuk menjadi wanita yang solehah yang akan masuk ke syurga dengan mudah. InsyaAllah.



1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , ” Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”


2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.


3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.


4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.


5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.


6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.


7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.


8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.


9. Daripada Aisyah r.a.” Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.


10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.


11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.


12. Aisyah r.a berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?” Jawab Rasulullah SAW “Suaminya.” ” Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah SAW, “Ibunya.”


13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.


14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).


15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.


16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.


17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.


18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.


19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.


"If everyone knew the true status of a Muslim women in Islam, even the men would want to be women"
(Shaykh Akram Nadawi)


Wallahualam.


Sumber: Artikel Agama Informasi Malaysia Kini

Monday 26 November 2012

Aku dan Sepasang Kaki




Aku tak kenal pasang kaki itu..
tak kenal langsung
pasang kaki itu punyai senyuman
hari hari dilemparkan ..

Aku respon dengan lebaran senyuman
risau di kata aku budak sombong!
pasang kaki itu senyum lagi
Aku respon lagi dan lagi..
setiap hari..

dan tak lama..
kami saling mengenal
bertukar digit telefon tangan

juga tak lama
kiriman sms diterima dari dia
pemilik sepasang kaki itu
mengajak aku bersama
taaruf
bersama sahabat lain katanya

kini aku tahu niat senyuman itu
sebab dia adalah sepasang kaki
kaki yg kerap menjengah-melangkah-bersimpuh
di beranda PI
dan aku pasti pasang kaki itu punya niat
mengajak pasang kaki aku JUGA ke sana!

[aku tolak-dalih ajakan pasang kaki itu]
sibukkan otak dengan alasan

Arghhh..
Aku pohon
Jangan Undang aku
aku belum kenal siapa aku
Tapi aku tahu-kenal usrah

baru kenal-tahu-usha "USRAH"

setiap kali lalu aku jenguk
pandang-tenung pusat islam..
lama...
lihat seisi ruangan
tenung juga mereka..
ada kelibat bayang
berpasang-pasang kaki..dan itu mereka.
kumpul-syura usrah bersama
seolah ada sinar..
semangat kutip ilmu..

dan aku lihat pasang kaki itu
silaturrahim bersama pasang kaki yg lain
jejak ke pusat islam
juga

Aku lihat diri aku..serabai
urghh..AKU! tak mungkin
jejak ke pusat islam

hati berbelah bahagi..
kata pergi!
[tutup muka..malu sendiri]

 aku lokek sana sini..
baca jawi pun merangkak lagi
mengaji apatah lagi
sabdu dengung atas bawah aku masih lampi
nak mengadu aku segan sendiri


Aku bimbang hidup diakhir nanti
terumbang ambing tak kenal diri
Iman turun naik ..
nafsu macam ombak laut taufan sandy


Beri aku masa muhasabah diri..
keliling hidup aku masih susah di interpretasi
mak abah  masih peluk tubuh sendiri
belum kenal lagi pencipta bumi

p/s:  Buat pasang kaki itu..
Undangan usrahmu akan aku ingat sampai mati..hati aku yang hampir layu kau siramkan air keyakinan dan baja semangat ! luahan dari hati yang aku sendiri sakiti..

Kadang Manusia





Aku perhati-lihat-telek-analisis tapi tak pernah tegur-sua muka depan depan..Ya! Itu selalunya membuatkan aku rasa bersalah sangat.  Walau hanya dengan manusia yg  mungkin rapat-chat-komen-like-post cuma di alam maya saja , hakikat realitinya aku diam seribu bahasa-malu mungkin.

Kita selalu mengharapkan orang senyum kat kita dulu kan? Pastu tension sendiri. Kenapa kita mesti berada di pihak yang terus mengharap, terus berharap, menunggu & meminta. Bukan ke tangan yang kat atas itu lagi baik berbanding tangan yang di bawah? Berusahalah sesuatu untuk memberi walau sekecik-kecik pemberian sekalipun senyuman. Tapi bukan senyuman gatal dek gigitan nyamuk :D

Kalau benar kita melakukan demi redha & cinta lahi, lepas senyum kene baling tomato dengan petola pun, kita tak kisah kot. Kot la, insyaAllah ;D
Let’s do it for the sake of Allah

  • Kadang-kadang manusia mahukan kebahagian tetapi dia sendiri tidak pernah berusaha untuk membahagiakan orang lain. Sekalipun terhadap binatang dan tumbuh-tumbuhan.

  • Kadang-kadang manusia mahukan dirinya dihormati tetapi dia sendiri tdak pernah berusaha untuk menghormati orang lain.

  • Kadang-kadang manusia suka isi hatinya didengari dengan penuh setia oleh si pendengar tetapi pernahkah diluangkan masa kita untuk mendengar isi hati mereka? Jangan pentingkan diri, jangan kedekut telinga. Ya. Mereka tidak pernah meminta untuk didengari tetapi ketahuilah bahawa kita manusia saling memerlukan antara satu sama lain. Bagai siang & malam, bagai suami & isteri, bagai guru & murid, bagai pensil & kertas, bagai nasi & lauk~

  • Kadang-kadang manusia mahukan pandangannya dihadam dengan baik sekali oleh sahabat sekeliling tetapi pandangan sahabat sekeliling? Pandang sebelah mata je ~

  • Kadang-kadang manusia mahukan tazkirah, nasihat & dakwahnya diterima pakai oleh mereka yang lain tetapi bila dirinya dinasihati, ditarbiyyah? Haih. Kitakan manusia biasa. Siapa rasa dirinya sempurna lebih sempurna & suci dari orang lain? Jangan pandang rendah pada orang lain. Jangan pernah terlalu selesa dengan jubah yang anda pakai, kopiah yang anda sarung, serban yang anda lilit, stokin stongan yang anda kenakan sampai orang lain anda pandang enteng. Sesekali jangan! Anda sebenarnya sedang diuji bila anda merasa bangga & selesa dengan keadaan itu. Hati-hati~

  • Kadang-kadang manusia mahukan dirinya difahami orang sekeliling tetapi dia sendiri tidak pernah berusaha untuk memahami orang lain sekalipun isi hati mereka. Beghat nanang~


Kita mahukan sesuatu tetapi kenapa kita sendiri lokek untuk memberikan sesuatu? Guane konsep tu?

Buanglah ego. Tak kemana ianya pergi. Setinggi mana pun ego kita, waktu kita mati nanti, bukan boleh kita balut jasad sendiri dengan kain kafan. Bukan boleh kita mandikan diri sendiri. Bukan boleh kita gali & kambus lubang kubur kita nanti. Siapa yang akan angkat jasad kita ke kubur nanti. Boleh bergerak sendiri? Bukan kita lagi yang berdiri, angkat takbir, berdoa, dan solat seperti selalu. Ego? Tak kemana. 
Buanglah ego tu.

  • Kadang-kadang manusia mahukan kegembiraan tetapi dia sendiri tidak pernah berusaha untuk menggembirakan orang lain malah manusia itu menambahkan kesedihan & kedukaan kepada orang lain.

  • Kadang-kadang manusia mahukan urusannya dipermudah tetapi dia sendiri tidak pernah berusaha untuk membantu mempermudah urusan orang lain. Tenaga tu siapa yang bagi? Kalau Allah tarik? Betapa sombongnya..
Dan sememangnya manusia mahukan doanya & keinginannya dimakbulkan Allah tetapi manusia sendiri berat untuk melakukan apa yang Allah suruh. Allah suruh bukan untuk kepentingan-Nya tetapi sebab Allah sayangkan kita. Sedikit pun Allah & Islam tidak memerlukan kita tetapi kita sendiri yang memerlukan Allah & Islam. Allah tak nak kita terseksa dalam neraka. Allah uji sebab Allah nak kita alihkan perhatian kita yang sememangnya tertumpu kat dunia beralih kepada-Nya. Kalau tak diuji nanti kita lalai & leka. Jangan sedih kalau kita diuji. Bersyukurlah & takutilah kalau diri kita tak diuji. Itu tandanya diri kita tidak lagi dipeduli. Na’uzzubillah..



Ibu ayah marah sebab apa? Sebab nak kita jadi anak yang baik, soleh, solehah. Macam tu jugak Allah. Cuma kasih sayang Allah tak terbatas. Kadang-kadang Dia tarik sesuatu sebab nak kurniakan sesuatu yang kita tidak pernah jangka sikitpun. Surprise yang berhikmah. Cuma kadang-kadang kita gelojoh bila doa kita lambat dimakbulkan. Kita nampak yang zahir je kan? Kenalilah Allah dalam setiap ketika, melalui keinginan yang tidak dapat kau kecapi..


(Post bertitle kadang-kadang ni di pinjam dari Allah Seeker )
tak semua tapi ada mengena
tersentuh batang hidung
sendiri
sebab
manusia adakalanya
kadang-kadang imannya di hulu sana
kadang-kadang imannya di hilir sini
Sebab tu kita sesame kita kena & mesti saling ingat mengingatkan :)

Untuk mereka sahabat-sahabat..
(mukabuku, twitter, tumblr, kampusmy dan blogger)
serta yg TER scroll dan TER baca..
Apa yang saya post ni,
tak pernah ada seorang pun yang paksa saya untuk post itu post ini.
Tapi apa yang post ni adalah nasihat & teguran buat diri saya sendiri.
Supaya saya sedar,
saya tulis, saya type, saya post kalau saya tak buat guane tu?
Beghat nanang~
Saya juga manusia biasa.
Nampak saya buat silap, tegur jee. Saya tak kisah, saya tak marah & malah saya berterima kasih kerana masih ada lagi manusia yang sudi ambil peduli. Yang masih mahu berusaha membentuk saya, siapa saya di masa hadapan nanti.

Kalau ada siapa siapa yang kene tegur lepas ni,
jangan teruih taboh ja orang tu.
Pandang dengan mata hati.
Allah hantaq orang tu untuk bawak kita kembali ke jalan yang Allah nak kita lalui sebab kita tersalah kona rupenyee.. 

CREDIT:  Allah Seeker
(Sesetengah ayat ada yg telah diolah semula. Harap maklum)