Wednesday 28 September 2016

journey menghabiskan degree aku...



Lamanya menyepi..alhamdulillah habis sudah 3 tahun degree.apa plan nak buat lepasni?Takpela duduk rumah dulu jaga adik adik, sebab minggu depan abah dan mak ke IJN. KakLong kena jaga adik adik kan...Tunggu lepas abah balik baru cari kerja sungguh sungguh.sekarang tolong abah niaga + aku ade buat niaga online di ig@nuronlineshop jugak...jadilah buat duit beli jajan kan,.HEEE..



Ye..result keluar masa habis syawal haritu..ye kawan kawan lain semua dah konvo awal awal.sedih juga diri ni terpeleot masa dalam perjalanan ...takde sape tolong...sendiri bangun dengan senyuman..takkan nak tunjuk sedih depan orang.ishh..


alhamdulillah..lulus dan boleh grad dengan jayanya insyaAllah tahun depan.lepas raya haritu memang lepaskan betul2 perasaan nak beraya sebab memang dapat rasa aku lulus (hehe bajet kan) struggle teruk masa tu...sanggup ke sana kesini naik bilik pensyarah kat tingkat 3 sempot sempot naik tangga ,paling best study group dgn junior2 dan jadi tutor dorg kt library..best sngt perasaan sharing something yg kita arif kt orang lain..rasa mcm ajar anak cucu brtatih pulak....bukan sehari tau tapi hari hari study sampai rasa diri ni macam pensyarah esok nk mengajar pulak...hahahaha...
.

.baidewei mase final exam, 2 paper terakhir semester (managerial econo dn quantitative),tu aku jawab penuh ketekunan smpai tak sedar masa berlalu dn tamat wktu menjawab.. .alhamdulillah..instinct seorang perempuan tak pernah salah..aku lulus jugak dapat B for both subjek..jadilah..walaupun target aku C..hahahahaha.....jadi anak2..pastikan subjek calculation buat latih tubi selalu ye...


lepas habis semester masa aidilfitri haritu, sebelum result keluar..aku fikir sebelum tu aku nak tidur puas puas..rilek rilek..erghhh..rupanya tak boleh..hati ni meronta ronta...kalau dah kaki merayap kan..kaki kau ikat kt tiang rumah pun boleh boleh terlepas...harharhar...jadinya aku merayapla dengan schoolmate sekampung aku yg masih bujang trangtangtang lagi....kesana kesini ada saja berjalan makan angin,saja sibuk2kan diri sebab duduk rumah karang mak aku bagi tambahan kerja rumah pulak..baik kaburr cepat cepat..hehehe..tak senonoh kan perangai anak dara nih...hihihihi...


nak tau aku pergi mana merayap..aku pergi pusing pekan bagan datoh, paling kerap g pasaraya la...hehe,g hospital utk derma darah+beraya,lawat orang sakit, kenduri kahwin,teman abah pegi ipoh,pegi karnival kerjaya,interview kerja,.....bla bla bla...cakap pasal interview kerja..dah 6 interview  6 aku pergi..tu pon rasa nak give up...tapi tulah..nak cari pengalaman interview kan...apesalahnye..lagipun dah masa utk kerja ..tapi ntah la rasa xnk kerja bwh org la..nk keje sendiri.. awak rasa???...takpe kita hold dulu cerita interview ni..kalau cerita kena buat tajuk pasal dia sorg xhabis ..wakakakakaak...


haaa..ni part paling best...aku kan lepas habis semester akhir tu...ive made up my mind gituh..nak niaga online..tau sebab apa...sebab lepas balik vietnam( program pertukaran budaya dn ekonomi slama  )...ktorg satu kelas bniaga nk kumpul duit flight apa semua g sana....aku handle marketing part which is promote brg ktorg jual (tudung AidiJuma + brg2 lain) kt kampus..ktorg niaga mase lenggang xde kelas je..so sape ade mase/gap xde kelas tu kene g niaga kt booth ktorg,,.dsebabkn aku sem tu aku xbyk subjek sebb memg sengaja aku kurgkn sebb tau semester tu byk giler ktorg kene handle event+meeting bagai..so aku la antara wajah2 yg brada selalu kt booth ktorg..

.pagi2 bukk kedai noks dgn kwn2 kelas....bukak je kedai..dh siap brg..aku mula la promot .."tudung kak..meh singgah cntik2..design limited bla bla bla aku membebel promote kt students,staff,lecturers yng lalu lalang...setiap bebelan aku akhiri dgn snyuman tau..mane tau terpikat..pelbagai trick aku gunakan...mungkin aku telah dianugerahkan bakat mempromot jadi jualan laku giler ...dpt jugk kmpul duit g vietnam yeay...sales trtinggi naik nama aku ..aku sndiri xsngka aku ade bakat pengaruh org beli brg ..adoii..segan lak..so critanya kwn aku yg teman aku bjual tudung tu tgok aku brjaya memujuk lecturer lelaki beli tudung utk isteri dia..dia mcm kagum...(sebb dia tgok aku dlm kelas mse present chapter course mcm layu je...) tpi bila dia tgok aku aktif gile bjual brg..so dia ckp..perghh fida..laku kau  bjual tudung aj ni..dlm kelas npe x mcm ni...diam je...hahaha..aku pon jawab ntah laa....malas nk tnjuk kot..sebb budk2 kelas sume calon dekan..rase xlayak nk lawn..hahahaha..
...

bersambung..











Friday 30 May 2014

Sikap menerima teguran




Wujudnya manusia yang bernama Melayu ini, apabila teguran dan nasihat yang bersifat umum dan terbuka, yang tidak dituju kepada individu tertentu, kena atas batang hidung dia, mungkin sebab dia buat kesalahan tu, maka akan melentinglah dia dengan beberapa ayat yang menyerlahkan kecetekan minda dan ilmunya:

1) Tegur lah keluarga atau mahram sendiri dulu sebelum nak tegur orang lain.
2) Jangan nak salahkan orang lain semata-mata. Tegur mak, adik, kakak, anak dan isteri dulu.
3) Jaga aurat keluarga dalam rumah dulu sebelum nak jaga aurat orang lain.

Well, frankly speaking, kalau inilah ideologi sebenar amar makruf nahi mungkar, semua ustaz-ustaz dan ulama-ulama dan pendakwah-pendakwah telah melakukan kesalahan. Apsal pendakwah-pendakwah ni sebok nak tegur orang lain? Pi tegur mak adik kakak isteri anak dulu la..!!

Sahabat-sahabat Nabi pun sama, semua telah buat benda salah. Ada ke patut tegur orang lain yang buat salah? Tegur family sendiri je la. Nape nak tegur orang lain? Dah tegur family sendiri ke sebelum nak tegur orang lain? Ish, pepandai jer.

Okey. Enuf. Nampak tak lari konsep nahi mungkar nya? Benda ni terjadi akibat kekurangan ilmu dalam bab agama. Kenapa?

Rasulullah saw bersabda "Apabila kamu nampak kemungkaran berlaku di depan mata, maka kamu cegahlah dengan tanganmu, jika tidak mampu, cegahlah dengan lisan, jika tidak mampu, bencilah (perbuatan mungkar itu) di dalam hati, dan ia adalah selemah-lemah iman"

Baginda tak kata, "cegahlah jika ia ahli keluargamu", "cegahlah jika ia isteri atau anak kamu, jika orang yang bukan keluargamu, jangan buat apa-apa". Takder bro. Konsep amar makruf nahi mungkar ni tidak tertakluk pada keluarga sahaja, ia wajar dilaksanakan terhadap orang lain juga. Dalam kitab Fiqhud Daqwah karangan Muhammad Natsir, dijelaskan panjang lebar tentang tanggungjawab nahi mungkar ini adalah bersifat luas, tidak tertakluk pada keluarga sendiri sahaja.



Namun keutamaan dakwah adalah terhadap keluarga sendiri, ini dinamakan kewajipan nafaqah kepada tanggungan si lelaki. Ia dikira penggalas tanggungjawab. Ini berdasarkan dalil:

"Wahai orang-orang beriman, jagalah diri kalian dan keluarga kalian dari api neraka..."
[Surah at-Tahrim, ayat 6]


Tapi bila dituduh seperti no 1, 2, & 3 di atas, mana lu tau orang yang menegur tu dah tegur keluarga dia ke blum? Lu stalk dia? Lu upah CIA untuk kaji pasal dia dan spy dia? Lu dah tengok macam mana isteri dia? Lu dah tau macam mana pakaian isteri dia? Lu dah tanya kakak dia ke adik perempuan dia ke dah kahwin ke belom? Kalau dah kahwin, tu tanggungjawab suami dia la.

Pergi tengok balik video ceramah Ustaz Azhar Idrus, amar makruf nahi mungkar ni, kalau kita ni tengah sedang berzina sekalipun, nampak ada orang perempuan kat luar lalu tak pakai tudung, kita ada tanggungjawab menegur, sekalipun kita sendiri tengah buat maksiat.

Kata Imam Hassan al-Basri: 

"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh di kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. SEANDAINYA seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila DIA SEMPURNA, nescaya tidak akan ada pendakwah (kerana tiada manusia yang sempurna). Maka sedikitlah orang yang memberi peringatan"



Last but not least, sila hadamkan ini sebagai dalil dakwah:

 "Oleh itu, berikanlah sahaja peringatan (kepada manusia, dan janganlah berdukacita sekiranya ada yang menolak), kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang pemberi peringatan. Bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka (menerima apa yang engkau sampaikan)"
[Surah al-Ghashiyyah, ayat 21-22]


Semoga bermanfaat untuk semua. InsyaAllah.



Sumber: Syapik Hasan


Saturday 3 May 2014

Erti Ikhlas





Dari Abu Hurairah ra, Nabi SAW, bersabda:

“Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hamba Nya selama hamba Nya itu suka menolong saudaranya”. 

(HR. Muslim, lihat juga Kumpulan Hadits Arba’in An Nawawi hadits ke 36).


IKHLAS, satu perkataan yang mudah untuk diucapkan tapi susah untuk membuktikannya. Kerana ikhlas adalah amalan hati yang tidak seorangpun mampu mengetahuinya kecuali Allah.

Abdullah bin Al Mubarak rahimahullah berkata;

“Berapa ramai orang yang merasa telah berbuat baik, berkorban dengan baik, berniat baik [merasa ikhlas], beramal baik; lalu semuanya itu dikumpulkan di hari kiamat nanti, dan dicampakkan ke wajahnya sendiri [tidak diterima].”

- Shifaatush Shafwah III / 360 -


Dosa yang menyebabkan kita menangis insaf lebih baik daripada kebaikan yang menimbulkan rasa takabbur.


Sumber:
Wan Asrul Al-Aydrus