Wednesday, 19 December 2012

Berubah


Aku masih ingat memori pertama kali bertudung labuh.  Memang bertarung hati dan perasaan tengok  kawan memang ramai berkumpul kat pusat islam.  NaK Teka? Hari itu adalah hari pertama final exam aku untuk semester 4 di UiTM.  Ofcos ramai mata memandang aku.  Kawan-kawan hanya mampu tersenyum. Saat-saat tu memang sangat mencabar. 


"Ya Allah, kau kuatkanlah hati aku ni." kata-kata semangat aku tekapkan di telinga sambil memegang tudung labuh berwarna coklat. Lega. Aku siap sedia seterika malam tu dan pagi itu bersiap mengenakan tudung labuh coklat tu.  "NICE" ◕‿◕! aku ucap kepada diri sendiri dengan hati berdoa biar akhlakku seindah pemakaianku.


Dan sekarang boleh lihat reaksi respon kawan-kawan tentang "new appearance" aku ni.  Nak buat kawan-kawan aku layan aku sama dan tak beza macam dulu dah tak boleh lagi.  Memangla, sebab aku faham sesetengah daripada kawan-kawan aku dah tak boleh bersembang dengan aku macam dulu, gurau senda dengan aku macam dulu, tiada gosip hangat macam dulu, "it looks like they can't talk about certain subjects with me anymore because of my 'new appearance'."


"kematian tak tunggu kita, tidak kira kita siapapun! kenapa mesti nak tunggu khabar angin kiamat bakal berlaku baru nak bertaubat-berubah ke arah yang lebih baik?" kata-kata Imam Muda Asyraf pada majlis ilmiah tu menyentap hati dan perasaan-naluri kewanitaan semuanye lah...terpempam entah kenapa.  Jantung  dupdapdupdap berdegup laju..rasa macam ada sesuatu yang belum aku perbuat selepas dengar ayat dari IM Asyraf.



Aku mahu kawan yang dulu.  ketika susah senang senyum kita bersama.  cuma kali ini bagi aku ruang untuk aku bawa kamu juga bersama aku menuju al-firdaus.


kawan-kawanku
aku tak berubah kemana..aku tetap aku yang dulu
mungkin ada berubah tapi aku tak pasti.  dan aku mengharapkan perubahan aku biarlah kearah yang lebih baik-lebih indah-dan diredhai pencipta aku.
Redha. ◕‿◕


CREDIT: peliks.blogspot

Tuesday, 18 December 2012

Mendidik Anak




1) Jangan pukul anak dari lutut keatas.◕‿◕

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

...Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).◕‿◕



5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).◕‿◕

8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)



12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.◕‿◕

13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.◕‿◕

17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam, ◕‿◕

20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.


menulis itu memang senang..cakap tu memang senang..tapi nak lakukan nak adaptasi kat rumah apalagi kat keluarga sendiri..fuhh..memang payah..tapi tak salah mencuba..sedikit demi sedikit ..insyaallah..semoga dipermudahkan urusan kita dunia dan akhirat ◕‿◕

“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”
CREDIT:  rakan FB

Putus Asa





~ ♥ Masinnya air laut tak mampu menyerap ke dalam isi ikan, tapi bila ikan telah mati... secubit garam pun sudah cukup untuk memasinkannya. Begitulah hati, hati yang hidup sangat sukar dinodai..
 tapi bila hati telah mati, mudahnya dipengaruhi.  ◕‿◕ ~


mesti pernah dengar ayat macam ni:
"ahh..baik aku mati je lagi bagus.."
"kenapa aku tak mampus je?? "



Jangan mudah putus asa sahabat.  Walau hidup itu susah, walau belajar itu susah bersabarlah. 
jaga hati, jaga lisan, jaga perbuatan dan jaga iman.  Jangan kerana lemah dan putus asa atas sesuatu kamu jadi hilang punca-hilang matlamat hidup-hilang akidah-hilang akhlak.  Dengan mudah mengeluarkan kata-kata sebegitu seperti kamu tiada harga-nilai.  Allah menciptakan manusia itu istimewa kerana kamu sempurna akal fikiran, dilahirkan keluar dari rahim ibu dan  dididik dalam keluarga islam.

Belajar erti bersyukur dan mengertilah setiap manusia itu punyai kekurangan.  Kekurangan yang mempunyai keistimewaannya tersendiri agar manusia itu sentiasa mengharap-berdamping dan sentiasa disisi mengharap redha dan patuh perintah penciptanya Allah S.W.T ◕‿◕



#Moga Allah sentiasa pelihara hati kita ♥ hati yang dipilih ALLAH untuk mendapat hidayahNya sudah tentu hati yang menyesali akan dosa-dosanya.. ^__^