Tuesday, 4 December 2012

Ustaz Azhar Idrus

Puisi Penuh Dari Ustaz Azhar Idrus
♥ "Maafkan kami Gaza & Syria" ♥


Derita Kita
derita kita menanti..majunya negara

derita kita kerana jualan di kedai yang kurang memberansangkan
derita kita belum dapat bantuan subsidi
derita kita kerana anak tidak lulus periksa

derita mereka apabila anak-anak mereka menjadi kubu daripada ditembusi oleh peluru peluru yahudi yang merobek kulit
mengeluarkan isi perut anak-anak kecil
yang tidak berdosa.
itulah derita para ibu di bumi Gaza..

para ibu di negara kita..
derita belum sempat membeli gelang baru
belum sempat membeli rantai baru
belum sempat menempah siap pakaian baru
samakah kita dengan mereka???

Bumi Gaza...2012..
menjadi tontonan cerita perang dalam televisyen setiap umat Islam yang jumlahnya berbilion-bilion..




wahai Gaza..
kami saudara kamu
seagama dengan mu
kami lelaki-lelaki sekuat mu juga
kami memohon ampun kepada mu wahai gaza

kami memohon ampun kepada mu wahai Syria
kerana kami tidak menghantar kereta-kereta kebal kami
yang hanya kami gunakan pada hari kemerdekaan

minta maaf wahai rakyat Palestin, Syria
kami ada tentera, tetapi kami tidak mampu pergi kepada kamu
mohon kemaafan banyak-banyak
kami hanya menjadi penonton
di mana darah-darah anak mu,isteri-isteri mu jatuh
titisan demi titisan di atas bumi yang sangat suci

wahai Gaza
walaupun kami tidak dapat pergi dengan jasad
terimakan lah juga roh kami untuk bersemadi bersama para syuhadamu

wahai Syria
walaupun kami tidak sempat untuk berperang bersamamu
terimalah nyawa kami untuk terus menguatkan jasad-jasda kamu melawan segala yang jadi musuh Allah

wahai Gaza
wahai Palestin
wahai Syria
maafkan kami
terima lah doa daripada kami
dan sudilah kiranya roh-roh kami bersemadi bersama jasad-jasadmu



CREDIT:  StudioMukminOnlineShop & LangitIlahi

Sunday, 2 December 2012

Hardship




Sebab itu lah kadang-kadang Allah biarkan air mata kita menitis sendirian…
Allahu rabbi…
Sesungguhnya Engkau maha dekat dengan Hamba-hamba-Mu…
Ya Allah, aku redha andai aku dicaci oleh ‘mereka’…
Ya Allah, aku rela jika aku dihukum oleh ‘mereka’…
Ya Allah, aku sanggup andai aku disalahkan oleh ‘mereka’…
Asalkan….
Asalkan aku tidak ditinggalkan sendirian oleh-Mu…
Asalkan aku sentiasa ditemani-Mu…
Asalkan aku sentiasa dekat dgn-Mu…





“ Ya Allah, jangan Kau tinggalkan aku untuk diriku walau sekelip mata atau yang lebih sedikit dari itu. Kerana jika Engkau meninggalkanku, maka Kau tinggalkan aku dalam kelemahan, aurat dan kesilapan. Dan aku tidak percaya kecuali pada rahmatMu.”


CREDIT:  matahary

Jangan Ambil Mudah



~ ♥ Memerlukan pembacaan dan pemahaman secara halus dan terbuka 
dari dalam hati nurani seorang insan bernama gadisremaja dan wanita ♥ ~ 
Harap Maklum.
Perkongsian utk sahabat-sahabat tak kira lelaki ataupun wanita ~ 
Bukan soal nak jadi diri sendiri atau hipokrit ..tapi soal siapa yang jadikan diri anda itu yang paling penting di sini ! ^_^ ~




Nabi ada pesan dekat-dekat kiamat nanti akan wujud golongan yang:


" berpakaian tapi telanjang.... "

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra, rasulullah saw bersabda :
"Diantara tanda-tanda dekatnya hari kiamat ialah akan munculnya pakaian-pakaian wanita dan bila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang"

Golongan ini ialah golongan yang dicelakakan....


Hadis ini sangat luas pemahamannya, ia juga bersifat tamsil dan kiasan yang boleh ditafsirkan dengan macam-macam tafsiran...


Jadi hanya manusia yang wujud di akhir zaman je dapat faham siapa sebenarnya golongan tu?


Sekarang terserah kita (umat akhir zaman) bagaimana kita melihat hadis ini dan kaitkan ia dengan fenomena depan mata (sebab ia memang merujuk kepada zaman kita pun) kita yang dulunya bukannya trend sekarang dan jadi trend dan dianggap biasa tanpa rasa dosa melakukannya?


Sekarang ni wujud macam-macam jenis wanita berpakaian tapi telanjang contohnya wanita yang tutup aurat tapi pakai ketat-ketat, wanita yang tutup aurat tapi jarang dan wanita yang tutup aurat tapi sengaja pamerkan diri di khalayak ramai tanpa segan silu?


Ada 3 golongan yang terlibat:


Berpakaian: menutup aurat dengan sempurna
(tidak mahu dilihat)


telanjang: tidak menutup aurat
(mahu dilihat)


berpakaian tapi telanjang: menutup aurat tapi dedahkan diri pada laki bukan mahram!
(nak-dilihat-tapi-tak nak-dilihat)


semoga allah bagi kita faham dan tarbiah isteri dan anak-anak perempuan kita dengan baik agar tidak menjadi sebagai salah satu wanita yang menjadi tanda dekatnya kiamat..........


celaan nabi ditujukan kepada yang tidak menutup aurat,menutup aurat tapi tak sempurna dan untuk yang menutup aurat tapi sengaja pamerkan diri sebagai tatapan lelaki ajnabi.....


dalam hadis yang lain,wanita yang sengaja lalu depan laki agar laki tertarik kat dia,wanita itu adalah az-zaaniy(pelacur/penzina) dan tak kan cium syurga...


berapa ramai wanita yang "sengaja" pamerkan diri depan laki ajnabi zaman sekarang?


kenapa nabi lihat ramai wanita di neraka?


apakah begitu sukar memahami kalam ini wahai muslimah sekalian? :'(


yang tak tutup aurat tu,confirm lah kena bakar kalau tak taubat....saya bukan tuhan nak tetapkan hukuman,tapi saya posmen yang telah baca amaran-amaran tuhan kepada golongan ini lalu saya ceritakan apa amarannya...bukan saya yang suka-suka hukum...



yang bertutup pulak, jangan main-main dengan syariat, jangan sebab niat kita nak halalkan semuanya....



apa guna kita lepak lama-lama kat padang mahsyar yang matahari dekat sejengkal dengan kepala hanya kerana sekeping gambar kita di mukabuku ?


Berbaloikah????

Allah..... :'(



Golongan manusia telah disebutkan didalam Alquran mempunyai 2 penyakit itu penyakit ragu-ragu dan syahwat. Diantara penyakit syahwat adalah kesukaan melihat wanita dengan ghairah. 

Sesungguhnya berpakaian seperti telanjang adalah pakaian yang tidak dapat menghilangkan ghairah lelaki ketika terlihat wanita. Kaum lelaki akan melihat wanita tersebut seolah-olah telanjang didepannya. 

Ini membuka pintu-pintu zina dan perkosaan. Berpakaian seksi yang menampakkan bentuk tubuh badan walaupun lengkap bertudung juga tergolong dalam kategori pakaian seperti ini. 


Kaum wanita adalah disyariatkan melabuhkan kerudung mereka untuk menutup bahagian dada, melonggarkan pakaian dan kain yang tidak telus untuk menutup perhiasan atau keindahan tubuh mereka dari pandangan tajam orang lelaki kerana orang lelaki yang berpenyakit syahwat akan melihat keindahan yang ada pada mereka.

 Kadang-kala ada wanita yang bertudung tetapi dengan senggaja membelah kain mereka untuk memperlihatkan peha mereka juga termasuk golongan wanita yang berpakain seperti telanjang. Berseluar dan menampakkan bentuk pinggul juga adalah berpakaian seperti telanjang. 

Oleh itu berhati-hatilah kaum wanita, jagalah kehormatan kerana berpakaian menutup aurat dengan sempurna adalah wajib dan hukumannya sangat berat. Tidak mencium baunya syurga apatah melihatnya.

♥ Nasihat untuk diri sendiri dan sahabat-sahabat ♥


CREDIT: 
AkemArt ( Akem Mansor)
Ibnu Batoota fbpage
Pencinta Hadith