Wednesday, 28 November 2012

Wanita Istimewa





"Begitu indahnya ciptaan Allah dan juga keistimewaan yang telah diberi kepada kita kaum hawa..ayuh lah sama-sama kita menjaga anugerah yang telah diberi Allah SWT ini sebaik mungkin :-) "



Tanpa wanita, lelaki takkan dilahirkan (kecuali Nabi Adam) dan tanpa wanita juga, tiada lelaki yang berjaya. Betul ke? Jom kita ketahui 19 keistimewaan wanita berbanding lelaki. Semoga semua wanita berasa bangga dan bertambah semangat untuk menjadi wanita yang solehah yang akan masuk ke syurga dengan mudah. InsyaAllah.



1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , ” Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”


2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.


3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.


4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.


5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.


6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.


7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.


8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.


9. Daripada Aisyah r.a.” Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.


10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.


11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.


12. Aisyah r.a berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?” Jawab Rasulullah SAW “Suaminya.” ” Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah SAW, “Ibunya.”


13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.


14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).


15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.


16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.


17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.


18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.


19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.


"If everyone knew the true status of a Muslim women in Islam, even the men would want to be women"
(Shaykh Akram Nadawi)


Wallahualam.


Sumber: Artikel Agama Informasi Malaysia Kini

Monday, 26 November 2012

Aku dan Sepasang Kaki




Aku tak kenal pasang kaki itu..
tak kenal langsung
pasang kaki itu punyai senyuman
hari hari dilemparkan ..

Aku respon dengan lebaran senyuman
risau di kata aku budak sombong!
pasang kaki itu senyum lagi
Aku respon lagi dan lagi..
setiap hari..

dan tak lama..
kami saling mengenal
bertukar digit telefon tangan

juga tak lama
kiriman sms diterima dari dia
pemilik sepasang kaki itu
mengajak aku bersama
taaruf
bersama sahabat lain katanya

kini aku tahu niat senyuman itu
sebab dia adalah sepasang kaki
kaki yg kerap menjengah-melangkah-bersimpuh
di beranda PI
dan aku pasti pasang kaki itu punya niat
mengajak pasang kaki aku JUGA ke sana!

[aku tolak-dalih ajakan pasang kaki itu]
sibukkan otak dengan alasan

Arghhh..
Aku pohon
Jangan Undang aku
aku belum kenal siapa aku
Tapi aku tahu-kenal usrah

baru kenal-tahu-usha "USRAH"

setiap kali lalu aku jenguk
pandang-tenung pusat islam..
lama...
lihat seisi ruangan
tenung juga mereka..
ada kelibat bayang
berpasang-pasang kaki..dan itu mereka.
kumpul-syura usrah bersama
seolah ada sinar..
semangat kutip ilmu..

dan aku lihat pasang kaki itu
silaturrahim bersama pasang kaki yg lain
jejak ke pusat islam
juga

Aku lihat diri aku..serabai
urghh..AKU! tak mungkin
jejak ke pusat islam

hati berbelah bahagi..
kata pergi!
[tutup muka..malu sendiri]

 aku lokek sana sini..
baca jawi pun merangkak lagi
mengaji apatah lagi
sabdu dengung atas bawah aku masih lampi
nak mengadu aku segan sendiri


Aku bimbang hidup diakhir nanti
terumbang ambing tak kenal diri
Iman turun naik ..
nafsu macam ombak laut taufan sandy


Beri aku masa muhasabah diri..
keliling hidup aku masih susah di interpretasi
mak abah  masih peluk tubuh sendiri
belum kenal lagi pencipta bumi

p/s:  Buat pasang kaki itu..
Undangan usrahmu akan aku ingat sampai mati..hati aku yang hampir layu kau siramkan air keyakinan dan baja semangat ! luahan dari hati yang aku sendiri sakiti..

Kadang Manusia





Aku perhati-lihat-telek-analisis tapi tak pernah tegur-sua muka depan depan..Ya! Itu selalunya membuatkan aku rasa bersalah sangat.  Walau hanya dengan manusia yg  mungkin rapat-chat-komen-like-post cuma di alam maya saja , hakikat realitinya aku diam seribu bahasa-malu mungkin.

Kita selalu mengharapkan orang senyum kat kita dulu kan? Pastu tension sendiri. Kenapa kita mesti berada di pihak yang terus mengharap, terus berharap, menunggu & meminta. Bukan ke tangan yang kat atas itu lagi baik berbanding tangan yang di bawah? Berusahalah sesuatu untuk memberi walau sekecik-kecik pemberian sekalipun senyuman. Tapi bukan senyuman gatal dek gigitan nyamuk :D

Kalau benar kita melakukan demi redha & cinta lahi, lepas senyum kene baling tomato dengan petola pun, kita tak kisah kot. Kot la, insyaAllah ;D
Let’s do it for the sake of Allah

  • Kadang-kadang manusia mahukan kebahagian tetapi dia sendiri tidak pernah berusaha untuk membahagiakan orang lain. Sekalipun terhadap binatang dan tumbuh-tumbuhan.

  • Kadang-kadang manusia mahukan dirinya dihormati tetapi dia sendiri tdak pernah berusaha untuk menghormati orang lain.

  • Kadang-kadang manusia suka isi hatinya didengari dengan penuh setia oleh si pendengar tetapi pernahkah diluangkan masa kita untuk mendengar isi hati mereka? Jangan pentingkan diri, jangan kedekut telinga. Ya. Mereka tidak pernah meminta untuk didengari tetapi ketahuilah bahawa kita manusia saling memerlukan antara satu sama lain. Bagai siang & malam, bagai suami & isteri, bagai guru & murid, bagai pensil & kertas, bagai nasi & lauk~

  • Kadang-kadang manusia mahukan pandangannya dihadam dengan baik sekali oleh sahabat sekeliling tetapi pandangan sahabat sekeliling? Pandang sebelah mata je ~

  • Kadang-kadang manusia mahukan tazkirah, nasihat & dakwahnya diterima pakai oleh mereka yang lain tetapi bila dirinya dinasihati, ditarbiyyah? Haih. Kitakan manusia biasa. Siapa rasa dirinya sempurna lebih sempurna & suci dari orang lain? Jangan pandang rendah pada orang lain. Jangan pernah terlalu selesa dengan jubah yang anda pakai, kopiah yang anda sarung, serban yang anda lilit, stokin stongan yang anda kenakan sampai orang lain anda pandang enteng. Sesekali jangan! Anda sebenarnya sedang diuji bila anda merasa bangga & selesa dengan keadaan itu. Hati-hati~

  • Kadang-kadang manusia mahukan dirinya difahami orang sekeliling tetapi dia sendiri tidak pernah berusaha untuk memahami orang lain sekalipun isi hati mereka. Beghat nanang~


Kita mahukan sesuatu tetapi kenapa kita sendiri lokek untuk memberikan sesuatu? Guane konsep tu?

Buanglah ego. Tak kemana ianya pergi. Setinggi mana pun ego kita, waktu kita mati nanti, bukan boleh kita balut jasad sendiri dengan kain kafan. Bukan boleh kita mandikan diri sendiri. Bukan boleh kita gali & kambus lubang kubur kita nanti. Siapa yang akan angkat jasad kita ke kubur nanti. Boleh bergerak sendiri? Bukan kita lagi yang berdiri, angkat takbir, berdoa, dan solat seperti selalu. Ego? Tak kemana. 
Buanglah ego tu.

  • Kadang-kadang manusia mahukan kegembiraan tetapi dia sendiri tidak pernah berusaha untuk menggembirakan orang lain malah manusia itu menambahkan kesedihan & kedukaan kepada orang lain.

  • Kadang-kadang manusia mahukan urusannya dipermudah tetapi dia sendiri tidak pernah berusaha untuk membantu mempermudah urusan orang lain. Tenaga tu siapa yang bagi? Kalau Allah tarik? Betapa sombongnya..
Dan sememangnya manusia mahukan doanya & keinginannya dimakbulkan Allah tetapi manusia sendiri berat untuk melakukan apa yang Allah suruh. Allah suruh bukan untuk kepentingan-Nya tetapi sebab Allah sayangkan kita. Sedikit pun Allah & Islam tidak memerlukan kita tetapi kita sendiri yang memerlukan Allah & Islam. Allah tak nak kita terseksa dalam neraka. Allah uji sebab Allah nak kita alihkan perhatian kita yang sememangnya tertumpu kat dunia beralih kepada-Nya. Kalau tak diuji nanti kita lalai & leka. Jangan sedih kalau kita diuji. Bersyukurlah & takutilah kalau diri kita tak diuji. Itu tandanya diri kita tidak lagi dipeduli. Na’uzzubillah..



Ibu ayah marah sebab apa? Sebab nak kita jadi anak yang baik, soleh, solehah. Macam tu jugak Allah. Cuma kasih sayang Allah tak terbatas. Kadang-kadang Dia tarik sesuatu sebab nak kurniakan sesuatu yang kita tidak pernah jangka sikitpun. Surprise yang berhikmah. Cuma kadang-kadang kita gelojoh bila doa kita lambat dimakbulkan. Kita nampak yang zahir je kan? Kenalilah Allah dalam setiap ketika, melalui keinginan yang tidak dapat kau kecapi..


(Post bertitle kadang-kadang ni di pinjam dari Allah Seeker )
tak semua tapi ada mengena
tersentuh batang hidung
sendiri
sebab
manusia adakalanya
kadang-kadang imannya di hulu sana
kadang-kadang imannya di hilir sini
Sebab tu kita sesame kita kena & mesti saling ingat mengingatkan :)

Untuk mereka sahabat-sahabat..
(mukabuku, twitter, tumblr, kampusmy dan blogger)
serta yg TER scroll dan TER baca..
Apa yang saya post ni,
tak pernah ada seorang pun yang paksa saya untuk post itu post ini.
Tapi apa yang post ni adalah nasihat & teguran buat diri saya sendiri.
Supaya saya sedar,
saya tulis, saya type, saya post kalau saya tak buat guane tu?
Beghat nanang~
Saya juga manusia biasa.
Nampak saya buat silap, tegur jee. Saya tak kisah, saya tak marah & malah saya berterima kasih kerana masih ada lagi manusia yang sudi ambil peduli. Yang masih mahu berusaha membentuk saya, siapa saya di masa hadapan nanti.

Kalau ada siapa siapa yang kene tegur lepas ni,
jangan teruih taboh ja orang tu.
Pandang dengan mata hati.
Allah hantaq orang tu untuk bawak kita kembali ke jalan yang Allah nak kita lalui sebab kita tersalah kona rupenyee.. 

CREDIT:  Allah Seeker
(Sesetengah ayat ada yg telah diolah semula. Harap maklum)